My sweet story...

My sweet story...

Thursday, September 9, 2010

Kuih Kaswi

Hari Ahad sebelum balik sempat mummy buat kuih kaswi. Ikut resepi dari buku Rubiah Suparman. Mummy suka makan kuih ni. Respinya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung kanji (ubi kayu)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu teh air kapur (dibancuh dgn air)
  • 10 cawan air
  • 1 cawan gula merah @ gula kabung (diracik halus)
  • Kelapa parut putih
Cara buat
  1. Gula pasir dan gula merah dimasak dgn secawan air. Biarkan hingga gula cair
  2. Sementara itu tepung gandum dan tepung kanji diayak sekali kemudian bancuh dgn 10 cawan air perlahan2. Masukkan air kapur dan kemudian air gula yang sudah dimasak tadi
  3. Kacau rata. Kemudian tapis untuk mengelakkan bancuhan berbiji2.
  4. Kukus loyang seketika dan masukkan bancuhan tadi
  5. Bila sudah masak angkat dan sejukkan seketika
  6. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang sudah digaulkan dengan sedikit garam
* boleh juga guna bekas loyang
* Based on kuih kaswi yang mummy buat ni, ikut resepi 1 cawan gula pasir, kalau tambah 1 1/2 cawan lagi umph..

Adunan yang telah siap sementara tunggu untuk dimasak


Tengah kukus



Humaira buat apa???? Jom tengok apa aktiviti Humaira masa mummy tengah buat kuih ni.


Tu dia, mummy awal2 dah warning jangan kacau. Nampak gayanya nenek Humaira layan je kehendak cucu dia. Nasib baik acuan kuih ni banyak


Siap main baling baling lagi


Sukalah atuk dia melayan

2 comments:

~ana~ said...

kita pun suka kuih kaswi ni...senang je nak buat kan...tp kita x pernah pun buat..heh3x...selalu main tunjuk je..:)

selamat hari raya nieda...

Dee said...

sedapnya kaswi..amboi humaira..dia sorang je ke kenit..atoknya rajin tul melayan..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails