My sweet story...

My sweet story...

Friday, September 3, 2010

Selamat berhujung minggu

Wah tinggal beberapa hari je lagi kedatangan syawal. Untuk tahun ni mummy excited belikan pakaian untuk Humaira. Pakaian budak2 sekarang ni mahal betul, mummy beli yang mana ada diskaun je. Humaira pun murah rezeki, dapat 2 helai gaun yang cantik pemberian kawan dan makciknya. (nanti mummy tayang pakaian Humaira). Daddy, bila nak sponser kasut raya untuk Humaira?? Hehe...

Untuk mummy ada dalam 4 pasang baju kurung, jeans sehelai dan blouse sehelai. Daddy sponser handbag untuk mummy. TQ daddy. Dan beli set mangkuk ada 3 biji brand pyrex. Kiranya dapat harga murah hand bag dan mangkuk tu, beli dari kawan daddy yang baru balik dari US.

Raya tahun ni tema biru. Insyaalalh baju kurung mummy dan Humaira sedondon untuk raya pertama. Esok kami akan balik kampung di Muar. Ambil baju raya yang nenek Humaira jahitkan. Hari Rabu balik kampung mummy di Simpang Pulai. Yeah tahun ni giliran rumah mummy. Nanti Humaira boleh kutip duit raya dari makcik dan pakcik Humaira. Dorang mesti baca blog mummy ni. Hehe

Selamat berhujung minggu. Mesti ramai yang shoping sakan weekend ni.

12 comments:

~ As ~ said...

betul la, baju budak skrang mahal2... lagi mahal dari baju mak bapa...ahahaha...tp saya redha, comel je..

Huda said...

mmg mahal nieda..beli pun time diskaun je..leh jimat kan. jemputla ke manjung :)

Ena said...

tu la.. baju budak2 memg mahal kan.. tapi tak pe la.. raya punya pasal kan.. beli la juga..

kakyong said...

oowhhh.. orang simpang pulai ya.. selamat berhari raya..

yatie chomeyl said...

slmtmengutip duit raya ye humaira

Farra Dhelina said...

mmg betul tu kak..baju budak skng ni mahal sgt2..mcm amik kesempatan je kan..

p!nkerton said...

sama lah, we ols pun biru tahun ni. hihi. aah la, nk prepare 'handbag' raya athirah, senang sket nak collect duit raya hihi ;p

ezan said...

wah ramai rupanya yang pilih biru.. hehehe... ezan 'terpaksa' pilih baju ala2 biru sebab hubby nk pakai baju nikah. tp baju kurung sarah xdpt lagi.. nampaknya ezan antara org yang akan meramaikan shopping complex la minggu ni..

Dee said...

wah..dh bersemangat nk raya ye sis..berkobar2..nak2 tahun ni raya kt kg sendiri n oso..dh ada si comel humaira tukan..hihihi..balik kg nanti elok2 drive ye sis...n selamat berhari raya..maaf zahir batin..

Softtouch [Hanim] said...

betullah nieda...budak2 punya baj skerg mmg mahal2...

selamat balik kg nieda...

Momma Mia said...

selamat berhujung minggu

Cik Jatt said...

i pun semangat beli baju anak2 sampai berhelai-helai. baju sendiri sepasang jer. hmmmm...rasa macam nak shopping lagila. sempat lagi kut:)

by the way, selamat hari raya to u and ur family...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails