My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, September 28, 2010

Rumah Taman Melati

Opah dan Tok Humaira tidur di Shah Alam sehari je kemudian bermalam di Taman Melati. Sebenarnya Tok Humaira ada beli rumah di Taman Melati masa menetap dan bekerja di KL dulu. Kemudian Tok dgn Opah pindah sebab dapat tukar di Ipoh, jadinya rumah Taman Melati disewakan.

Lepas Tok pencen, rumah tu rennovate dan sehingga kini taknak sewakan dekat orang. Sayang sebenarnya, bila dah rennovate nak sewakan dekat orang, macam2 masalah nanti. Lagipun rumah tu dah lengkap, ada peti ais, dapur masak, TV, perabot. Sekarang ni rumah Taman Melati tu jadi tempat persinggahan. Masa daddy dtg nak merisik mummy buat dekat Taman Melati. Kebetulan masa tu mummy baru habis konvo. ngeh...

Banyak kenangan dekat rumah tu. Masa study dulu, every weekend kalau mummy tak balik kampung mesti lepak dengan Mak Long Humaira dekat situ. Masa tu Mak Long pun masih study di UM. Sejak mummy ada Humaira langsung tak pernah jejakkan kaki lagi dekat situ sehinggalah hari Ahad lepas. Sekarang ni rumah ni tidak berpenghuni. Opah kata nanti bila dah pencen nak ulang alik menetap di Ipoh dan KL. 4-5 tahun lagilah baru Opah pencen. Sayang biarkan rumah tu kosong

Ada perancangan nak bawa Humaira pergi Zoo since dia dah dapat kaki (berjalan). Bolehla bermalam di Taman Melati. Rumah tu mmg dekat dgn Zoo dan juga kawasan KL.

Sukanya dia lepak atas katil. Ada bear lagi. Dulu bilik ni mak Long Humaira yang punya. Bilik ni mmg lengkap dengan perabot


Ruang tamu yang sangat comel. Walaupun rumah ni kecil tapi bg mummy oklah ada 3 bilik


Katil bujang, selalunya weekend dulu mummy lepak kt bilik ni. Kenangan


Ruang dapur


Tempat untuk memasak. Dah lama dapur ni tak berasap


haa...akhirnya Humaira nak juga dukung dengan Opah.

12 comments:

Softtouch [Hanim] said...

muza xtau mun nieda ada umah kat tmn emlati..dkt ngan umah mak muza..kalu tau dulu muza ajak nieda singgah umah muza..:)

cnyiklah umah tu..kemas je wpun xde org duduk

☆ lieya latif ☆ said...

OHOOOOOOOOOOOOOOOO rumah yg betul2 byk kenangan ni nieda.....tapi tu la kan syg biar kan kosong...kene rajin tgk2 jugak tu......

betultu nak sewakan org mmg takut...takut dpt yg jenis tak reti jaga...leiya tgk keadaan umah cantik....syg kalo penyewa tak reti jaga.....

mamalieyna said...

cantik je umah ni walaupun umah tinggal eh..senang la ada umah persinggahan gitu!

~ana~ said...

best nya ada rumah persinggahan mcm ni..senang la nak dtg kl kalau mcm ni kan...

Huda said...

ok gak jadi tmpt lepak umah tu nanti :)

wan sujaihah said...

naper humaira tak tido atas katil tu...best2...he he..ader bear lagi :)

chugie said...

sayangnye rumah kalau di tinggalkan lama kan nieda.. kena selalu2 dtg tu.. atleast hujung2 minggu ke kan.. takut lain pulak yg berpenghuni.

[-suziey-] said...

biar rumah kecik tp penuh kebahagiaan:)

Dee said...

rumah ni apmt yg dlm 4-5 tingkat dkt taman melati sebelah highway ye sis..dulu my sis beli kt situ gak..tp dh jual..

Intan Yus said...

hasnida, kat area mana ni? ayah kita pun ada beli umah kat tmn melati tp umah teres 2 tgkt tu le... zaman umo 4-6 thn kite dok flat A5, Tgkt 2-4 (ingat lg...hehehe), then pindah dok umah teres. La ni, sewakan kat org sbb mak ayah dok ipoh.

nieda said...

intan: kita kt taman melati kawasan 8. blok F. dekat dgn area desa melawati. Blok F je tersesat dari kelompok tmn melati yg lain

Adlina Husaini said...

best juga rumah kecil..senang nak bersihkan ^_^

pastu tak yah belanja besar nak beli perabot nak memenuhkan ruang..


tips elak bercerai

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails