My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 14, 2010

Tempoh penyimpanan susu ibu

Ada yang bertanya dekat mummy tempoh penyimpana susu ibu. Sebenarnya mummy dah lama tak buat stok EBM, kadang-kadang bila ada kawan yang tanya, ambil masa nak jawab. Dah lama tak praktis memang mummy lupa. Jadi mummy tulis di blog untuk rujukan di masa akan datang.

Sebelum tu, kita tengok dulu definisi yang biasa kita dengar.

EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu dah diperah, masuk dlm fridge bhgn sejuk (bukan beku)
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

Kalau kita cari maklumat tentang penyimpanan susu mungkin ada tempoh penyimpanan yang berbeza-beza. Kena tengok juga ketahanan perut baby kita.

Fresh EBM
Suhu bilik (25-37'C) - 4 jam
Aircond (15-25'C) - 8 jam

Chilled EBM
Some say tahan dlm 2-3 days (48 hours – 72 hours)
Some say tahan dlm 4-5 days
Some say it depends on tahap kesejukan fridge (mummy pilih 2-3 hari, kalau rasa taknak guna dalam masa terdekat, lebih baik pindahkan ke bahagian sejuk beku)

Note : Chilled EBM akan terbahagi kepada 2 lapisan. atas bahagian lemak, bawah lapisan air.. Itu adalah normal, bila panaskan susu kita perlu goncangkan supaya lapisan tersebut bersatu.


Frozen EBM
Fridge 1 pintu : tahan sehingga 2minggu
Fridge 2 pintu : tahan sehingga 3 bulan
Deep freezer : tahan sehingga 6 bulan (ada yg mummy baca setahun tapi untuk selamat better 6 bulan shj)


*Susu beku yang dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)

12 comments:

~ana~ said...

good info...
bagus utk bakal2 ibu yg br nak bf baby di luar sana....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Thx for sharing...
Tp kan Qis x nk minum susu yg diperah..dia lebih suke direct..adei..mcm2 kan.. :)

☆ lieya latif ☆ said...

info yg bagus bagi yg fully BF....bagus neida....lieya mmg sokong bab2 BF baby nie...selagi boleh BF baby...teruskan usaha tuh...

fabulous.farah said...

thanks 4 sharing. walaupon xkerja tapi berguna jugak time nak tinggal baby kadang2

maszmadi said...

thanx nieda coz sharing info.. sblum ni tau ckit2 jerk..

Softtouch [Hanim] said...

gud info..thanx nieda...tp ape2 pun muza tetap akn kacau nieda jgk..he he he

Softtouch [Hanim] said...

gud info..thanx nieda...tp ape2 pun muza tetap akn kacau nieda jgk..he he he

Jasfyra said...

gud info dear :)

Huda said...

bagus info ni nieda..huda pun ade bace2 tp dh lame x wat stock ebm last time pegi bali dulu tinggalkan husna..

FIZA said...

gud info..thanks nieda..

Anonymous said...

info yg sgt berguna...mintak izin copy kat blog sy yer.....sbg panduan lps sy bersalin.. nt sy kreditkan kat blog nieda ye. InsyaAllah nak full BF anak yg ke-3 nie...

Anonymous said...

hai nak tanya, ape maksud "Susu beku yang dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam"
situasi sy, sy dah kuarkan susu dr frezer dah cair n berada di bilik kuarang lebih 8 jam. boleh minum lg ke sedangkan fresh ebm leh tahan max 4 jam je? so camne?

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails