My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 28, 2010

Serai wangi boleh halau serangga

Bila dah ada anak kecil, masalah semut makin menjadi-jadi dekat rumah ni. Humaira sekarang kalau makan biskut nak pegang sendiri, berterabur makanan dekat lantai. Merata-rata ada semut walaupun selalu mop lantai. Nak guna ridsect bahaya juga.

Baru-baru ni pergi Giant terjumpa produk berasaskan serai wangi. Serai wangi ini mampu menghalau serangga seperti semut, lalat, nyamuk, lipas, cicak, tikus dll.. Orang macam saya yang penakut lipas memang bagus guna ni. Hehe, nampak lipas macam nampak raksasa. Yang menariknya saya sembur di bahagian dapur (cicak selalu merayap), dah tidak nampak kelibat cicak. Serangga memang tidak mati dengan semburan serai wangi ini walaupun semut yang halus. Walaubagaimanapun, semua serangga tidak akan berkeliaran atau berterbangan di dalam rumah kalau kita menggunakannya.

Badan Humaira merah-merah kena gigit semut. Mummy pun tak pasti mana datangnya semut. Mummy beli Badger Anti Bug Balm. Harga dalam RM38 (not sure). Alhamdulillah dalam 2 hari dah ok. Bau Balm ni lebih kurang bau serai wangi. Terus ajak daddy cari serai wangi.


Serai wangi, ada juga dalam botol sesuai untuk mop lantai. Harga lebih kurang dalam RM8.00-9.00 (not sure)


Masa preggy saya guna jenis ini untuk menghalau nyamuk (kononnya nk reduce chemical), malangnya tak tahan dengan baunya yang agak menusuk hidung. Sekarang dah ok..

12 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bagus ni...saya pun nk try la. tq...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Baguslah info ni..Thx..nnt blh di cuba...

Softtouch [Hanim] said...

bagus info ni nieda nnti muza cr..umah muza pun byk semut n cicak..samalah kita takut lipas..he he he

Huda said...

wow..good info ni..leh try nnti sbb sian gak tgk husna kene gigit nyamuk mlm2

chugie said...

yep, mmg betul pn.. kami pun guna jugak.. yg jenis penyembur kat body and ada juga jenis gelang tangan, khas tuk baby.. tp yg gelang tu dapat hadiah, menang blogger's contest dulu.. berbaloi2 guna tau.. especially nak halau nyamuk.

fabulous.farah said...

huhu..orang tua2 guna serai wangi nak halau lalat

yatie chomeyl said...

nti nk beli gak la cam nieda neh

Me Mrs.Eady said...

oww..nk kene cari ni balm ni la..sbb sufiya asyik kene gigit semut je..

Me Mrs.Eady said...

boleh tau x kat mane beli balm tu?
nak guna sgt2...

Aida Alias said...

sy pun guna serai wangi ni utk halau semut terutamanya.. byk sgt semut masuk rmh asyik hurung nasi dlm rice cooker je. beli 2 botol sekali.. tp bau dia mmg agak menyengat hidung

Hunny Kitty said...

pernah guna antimos tu tapi tak berkesan

Unknown said...

Saya terbau serai wangi ketika mengandung awak semua rasa bahaya x ?? Tkt mengandungi bau2 racun .

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails