My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 7, 2010

Bahaya minyak angin pada kanak-kanak

Alkisahnya, malam tadi mummy mengalami keracunan makanan. Jadi mummy letak minyak angin cap kapak dekat perut mummy ketika Humaira tengah tidur. Bila Humaira bangun tidur, seperti biasa pasti dia akan menyusu badan. Bila dia bau minyak angin terus nak muntah. Bila kehendak Humaira tak dapat, menagisla jawabnya. Jadi mummy pun mandi untuk hilangkan bau. Bila bagi BF tetap menangis. Mengamuk dalam setengah jam tersedu sedan. Kesian Humaira. Mummy pun mati akal nak buat macamana. Mandi semula dan tukar semua pakaian barulah ok. Daddy dah gelabah, terus search dekat internet cara untuk hilangkan bau minyak angin sebab daddy suspek terkena dekat mulut Humaira. Barulah tau rupa-rupanya minyak angin bahaya untuk kanak-kanak. Masa daddy tengah online tanya juga daddy minyak telon atau yuu yee bahaya tak? daddy kata minyak itu tidak bahaya sebab itu minyak panas. Lagi satu bau minyak gamat pun Humaira boleh muntah. Macam-macam Humaira ni.

Minyak angin mengandungi metyl silicilate yang cepat meresap pada kulit bayi dan akan menyebabkan banyak masalah pada organ dalaman bayi. Orang dewasa boleh pakai kerana hati kita sudah kuat untuk tapis.

Mummy copy paste dari internet kisah ini. (dah lama sebenarnya kisah ini, tahun 2004)

Berhati-hati dengan Minyak Angin--Parents please read!

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.


17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan

18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)

19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :


Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih


Basri Abdullah

Warehouse Coordinator

Expeditors ( Malaysia ), Penang .

Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023

Email : basri.abdullah@ expeditors. com



Dear all,



I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri?s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor ' s children ' s w a rd.

I was informed by the experts that they found traces of ' OIL ' in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too , etc.


What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his ' orang tua ' rubbed a lot of ' minyak angin ' on his stomach to prevent him from ' kena angin ' . I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this ?minyak angin? will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That?s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.

12 comments:

wan sujaihah said...

alhamdulillah..info ini amat berguna pada saya,terima kasih kak:)

SiTi said...

nasib baik ok dah...mmg baby x sesuai pakai minyak angin...klo nak pakai pun pakai minyak telon

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Sian Humairah..
Nasib dh ok dh..
Klu Lily mmg selalu guna minyak yu yee tu jer..Minyak tu panaskan..

Thx ya utk info nih..!! :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

terima kasih atas info ini...sgt berguna.saya guna minyak telon je utk anak saya.

~ As ~ said...

thanks 4 sharing!!! sangat berguna...

maszmadi said...

thanx nieda.. good info.. lpas ni kn beringat psal minyak2..

Huda said...

betul tu..sgt bahaya..even vicks pun bahaya, pakai minyak telon saje..

Softtouch [Hanim] said...

alamak ye ker nieda...baru tau..thanx sesangat..sy pakai minyak afiat, minyak tu xpanas..tp eloklah sbb budak xkembung..

muza baru kol asben muza suh beli minyak yu yee atau telon nak gantikan minyak afiat tu....thanx nieda

fabulous.farah said...

ouh...thanks 4 the info. xtahu pon

☆ lieya latif ☆ said...

lieya dah bace ni dulu nieda...mmg takut bile bace kisah ni kan...kdg2 tanpa kite sedar bende yg kite guna tu membahayekan nyawa anak2 kite...

chugie said...

ya allah... selama ni sy tak tau pulak yg minyak angin boleh bahayakan budak sampai mcm ni sekali. walaupun sy tau x boleh bg budak minyak angin dewasa..

ish.. ngerinye nieda. Saya kene jauhkan segala minyak angin dr anak lah..

thanks ye nieda untuk info yang sangat2 berguna ni.

fazlinil irma said...

terima kasih nieda.. bukan takat ibubapa. pengasuh pun kena tahu jugak. supaya kami pun berhati2 bila jaga amanah orang..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails