My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, June 23, 2010

Jalan-jalan di Gunung Lang, Ipoh

Balik Kampung minggu lepas berkesempatan pergi Gunung Lang. Taman rekreasi ini terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung. Kalau melawat Ipoh, jangan lupa singgah di Gunung Lang.

Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing. (info di SINI)

Tarikan utama bagi saya sudah tentu menaiki bot. Saya tidak berkesempatan menaiki bot memandangkan ketika sampai cuaca panas tidak sesuai untuk beriadah bersama anak kecil. Insyaallah suatu hari nanti,saya akan menjejakkan kaki ke sini lagi bersama Humaira.

Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

Gunug Lang, malangnya masa sampai tiada air terjun seperti kunjungan saya pada hujung tahun lepas. Mengikut penerangan yang diberikan oleh pekerja di situ, air terjun ini dipam dari tasik hanya waktu tertentu shj seperti hujung minggu dan pada sebelah petang waktu cuti sekolah kerana melibatkan kos yang agak tinggi...


Gambar hujung tahun lepas, air terjun yang sangat cantik..



Indahnya ciptaan ALLAH. Bot yang menanti penumpang. Life jacket disediakan


Banyak ikan..


Bot yang akan mengelilingi tasik. Seberang tasik ada taman permainan kanak-kanak


Gambar bersama buah hati saya..


Asyiknya si kecil ini melihat burung sampaikan taknak pandang kamera


Mummy dan Humaira menikmati keindahan alam

11 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

cantik sgt nieda.....sayup jek mata memandang...tenang jek tgk kehijauan alam....sampai humaira pun asyik menikmati keindahan alam....

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah cantiknyer pemandangan ....sejuk mata memangdang

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantinyer tmpt nie..
Nampak tenang jer..
Begitu Indah CiptaanNYA

Cantiklah Gmbr Mummy & humairah yg keasyikan tgk burung tu..Nice .. :)

Suziey Ahmad said...

oooooo air terjun tu mcm buatan la yek..dia kena pam dr air tasik..tp ok gk..menarik..cuma xbestla ade2 masa je dia pam..ye la msti la nk tunjuk time ramai kunjungn

Unknown said...

cantiknye gambar2 yg nieda snap ni..

baru tau kat ipoh ade gak tempat2 menarik camni ek? selama ni sy ke sana, x pernah nak jelajah habis kawasan ipoh. Next time harus buat ni!

~ana~ said...

cantik nya nieda...tenang je bila tgk gmbr2 nih....

alinalan said...

Wah tak tau pun ada tempat ni kat Ipoh... harus jejalan ke sama bila g utara nih... mekasih sharing.

Sweet jer moment dgn humaira tuh

Softtouch [Hanim] said...

mmg cantik view kat gunung lang tu...tenang jer..

suka pic nieda n humaira dr tepi tu..dua2 comel

mamaarifakeemaisy said...

sangaaaaaaaat cantikkkkkkkkkk..! terpegun dgn keindahan alam ni! air jernihnye!

halimatun said...

xtahu pulak ada tempat cantik macam ni walaupun sy duk perak..blh la pegi nanti..

mas said...

slm nieda...

wah sonoknya...mcm nk g je nnti...
slm kenal ye...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails