My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 10, 2011

A doctor in the house: The Memoirs of Mahathir



Buku terbaru dari mantan perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilancarkan pada hari selasa lepas. Semalam ( Rabu) bergegas daddy pergi cari di MPH SACC Mall buku tersebut, A doctor in the house: The Memoirs of Mahathir. Harga RM 100 seolah-olah bukan penghalang, baik yang muda, sederhana muda, tua, semuanya menghulur dua keping not RM 50 di kaunter. Buku tersebut disimpan dibelakang kaunter. Menurut MPH, versi Bahasa Malaysia akan dikeluarkan tidak lama lagi

Yang menariknya, Tun Mahathir menulis draf asal buku ini dengan tulisan tangan (tanpa menaip) sebelum diserahkan kepada MPH untuk diterbitkan. Buku ini memang berat dan tebal, mengandungi lebih 800 muka surat, 62 chapter. Tun mengambil masa lapan tahun untuk menyiapkannya

Saya rasa buku ini akan menjadi best seller, apatah lagi Tun Mahathir menulis isi hatinya, bagaimana Tun bercinta dengan isterinya, Dr Siti Hasmah yang ketika bujang dahulu menjadi pujaan ramai lelaki, kisah Tun kena baling fail dengan Tun Husein On, mengapa Rafidah Aziz sangat ditakuti dalam mesyuarat kabinet dan paling sensasi Tun berkongsi dengan kita mengenai versi sebenar apa yang berlaku di sebalik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan seperti kata Tun, beliau tidak takut jika buku ini mengundang kontroversi dan kena sama kerana beliau menceritakan perkara yang sebenar.

Pasti ramai yang akan membeli buku ini. Ingin juga saya membaca mengenai kisah Tun hasil dari penceritaan Tun sendiri kerana saya membesar di zaman Tun. Mengambil ayat dalam blog daddy Humaira:

Jika Tun tidak menukar Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA yang beliau isytiharkan di Stadium Melawati pada 26 Ogos 1999, saya tidak berada di tempat saya sekarang ini. Biarlah jika orang lain nak kata bahawa itu memang tanggungjawab kerajaan, bagi saya jika Tun tidak melakukannya maka kehidupan saya mungkin sudah berbeza sekarang ini, sesuatu yang sehingga kini saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Tun.

Teringat nostalgia pada 26 Ogos 1999, ketika itu saya sedang tidur apabila rakan serumah mengejutkan saya ‘Hoi bangun, kita dah jadi budak U’ . Masa tu saya baru balik dari oustation (bekerja dengan sebuah agensi penyelidikan).

So, I’ll be saying to myself, enjoy the memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.


Buku yang daddy baru beli






Dah habis baca, insyaallah saya review buku ini. Bagi chance daddy Humaira baca dulu

10 comments:

NM02 said...

pinjam bleh?? 8__*

notti netti said...

ya...saya pun time tu kat itm 1999...masscomm...happy giler dapat tukar title 'U'........nie pun baru nak gegas cari buku tu...harap2 ada lagi laaa....

ieda said...

setiap pemerintah ada kelemahan dan kelebihannya kerana dia tetap manusia biasa .. :)

Liz said...

teringin juga nak baca. masih belum sempat ke kedai buku.

Dee said...

wah..cepatnya beli dan baca..sy pun ex-ITM shah alam..hehehe..

nmpk menarik, ingat nak beli gaklah..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, dah beli lerrr cepat nyerr. BSB tunggu cukup bulan lerrr.

So Shy Lady (SSL) said...

comel je tun posing mcm tuuu ;D

nanti review ye!

ezan said...

jelousnya ezan. baru plan nak g cari weekend ni. he is my idol.. harus la beli.. :)

Mag said...

wah..best nye..nak beli~~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Salam,

Saya ada quote isi blog kamu ke dalam blog saya. Saya minta izin tuk quote ya? =)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails