My sweet story...

My sweet story...

Monday, March 7, 2011

Lost world of Tambun

Minggu lepas mummy balik kampung nak melawat anak buah, si Kaira dari Isnin hingga Rabu. Sebenarnya plan balik dari kampung hari Rabu nak bawa Humaira pergi Hot springs Sungai Klah, Sungkai tapi cancel sebab mummy bawa lappy. Takut dekat sana takde locker untuk simpan lappy. So last minute punya plan kami ke Lost world of Tambun yang terletak di Ipoh. Memang best tengok pengarang jantung hati mummy berendam, siap nyanyi2 lagi dalam pool. Nampak sangat Humaira happy. Nanti ada peluang kita pergi lagi. Ini kali kedua mummy dan daddy datang sini.

Tiket untuk dewasa adalah RM38 seorang, kanak2 12 tahun ke bawah RM32.00. Anak2 yang kurang dari 90 cm free. Baya2 Humaira ni memang free lah masuk, jauh lagi nak cecah 90 cm. Hehe.. Dibuka setiap hari kecuali TUTUP pada hari Selasa. Operating hours Isnin - Jumaat 11am - 6pm. Sabtu & Ahad, school & Public holiday 10.00 - 6pm.

Apa yang menariknya di Lost world?? Selain water park dan theme park, ada hot spring, dan tentunya yang betul2 menarik perhatian mummy adalah petting zoo. Di Petting zoo kita boleh sentuh binatang dan beri makan. Ada tiger valley, dalam 4-5 ekor harimau, ada tasik untuk aktiviti kayak dan mengayuh angsa tak tahu nama . Pemandangan lost world memang menarik, dikelilingi oleh gunung yang menghijau. Terasa tenang sekali.

Kemudahan di Lost world memang tip top. Cuma bak kata daddy semuanya perlukan RM. Ada surau, baby room, toilet. Cafe harga makanan boleh tahan mahal, tube kena sewa, ada kedai souvenir, locker RM10 satu . Kes bawa banyak sangat barang terpaksa menyewa dua locker. Satu untuk pakaian dan satu lagi untuk lappy. Sebenarnya boleh je tinggal rumah Opah Humaira barang2 tu, tapi bila memikirkan takut Humaira menangis nak bawa Kaira balik Shah Alam, haru jadinya. Sayang betul kat adik dia. So better angkut semua barang daripada dia mengamuk.


Lost world of Tambun...Rasa nak berendam lagi


Map...memang besar kawasan. Penat nak berjalan


Pool kanak-kanak


Disebalik daun tu pool untuk dewasa. Ada ombak. Humaira takut mandi dekat pool dewasa


Hot spring..Suhu air 37 C. Boleh tahan panas air


Saya tak jalan dalam air dekat sungai ni. Jauh ok. Pertama kali pergi dulu dah round sungai ni. Sungai ni pusing satu lost world. Best mengelilingi ni naik tube. Ada kawasan berombak, air pancut, dll.. Kalau pertama kali pergi saya suggest mengelilingi sungai ni. Memang adventure. Kalau ada anak kecil tak payah, jauh berjalan nanti


Humaira paling suka tengok ni..


Lepas mandi pekena pula ais krim waffle. Waffle dekat sini memang terbaik, crispy. RM5.


Muka budak tak puas hati.. Nak berendam lagi lah tu. Cukup2 lah Humaira, dah menggigil badan awak


Ni bahagian amusement park..Banyak juga permainan dekat sini, seperti dragon flight, stormrider, Giddy Galleon, Perak Parade dan Adventure express. Saya tak main pun permainan dekat situ, daddy Humaira penakut. Takkan mummy nak main sorang2. Tak ramai orang yang main masa tu. Kalau dapat main memang enjoyyyy...


Gambar dari website lost world
Slide ni pun saya tak naik. Daddy kata mengerikan. Lagipun siapa nak jaga Humaira nanti. Kena dua orang untuk naik slide



to be continue Petting zoo...

16 comments:

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer..teringin jugak nk pg lost world of tambun nie..

notti netti said...

punyalah lama kursus 2 minggu kat PGA tambun...tak jejakpun kaki kat situ..sayangnyeeeeee...

~ana~ said...

best nya humaira main air...

adarnadzmie said...

akak biasa pegi sekali kat situ.. best tempatnya...

Jasfyra said...

syok!!!
leh lawan sunway lagoon ni.
suka la humaira main air kan.sampai gigil2 tu ;)

Dee said...

bestnya..x penah lagi smpi lost world of tambun..

☆ lieya latif ☆ said...

wah best2....tempat yg lieya t ingin nak pegi ni nieda....sonok bawak budak2 main air kan....humaira leh geng ngan akak mia mija laaa...hantu air....ajak balik seksa koooo heheeheh....

NzA said...

cantiknya tmpt tu....bila la nk ke sana....

yatie chomeyl said...

besarnya slide tu

ieda said...

bestnya .. x pernah sampai layie sini nie .. bila boleh gi huhuu

mamaarifakeemaisy said...

teringin jugak nak ke sana..nmpk sgt2 manarik kan..besar pulak tu, puas la jln..hee..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Bestnye..kita x pernah pegi lagi... :(

Unknown said...

alamak!mahal juga yer :)

Syafawati said...

Locker ade org jaga atau bg kunci kat kita?

Syafawati said...

Locker ade org jaga ke mcm mane?

arifah zulaikha said...

Bestnya tak sabar nak pergi bulan 11 kali pertama nak pergi.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails