Lepas mandi-manda kami menuju ke petting zoo. Keluasannya 80,000 sq ft, memang unik kawasan ini kerana petting zoo dibina berlatarbelakang banjarang gunung, so boleh spend masa lama di sini sebab kawasan yang redup walaupun ketika cuaca panas. Pelbagai binatang ada di sini seperti racoons, rabbits, snakes, fishes, monkey, iguanas, monitor lizards, sugar gliderse etc. Menariknya di sini kita boleh berinteraksi dengan binatang, to get closer with the animals.
Masa inilah mummy cuba serapkan rasa sayang kepada binatang pada Humaira. Kenalkan dia dengan nama setiap binatang. Yang Humaira familiar sebelum ini dengan fish dan bird. So kalau nampak kedua2 binatang itu cepat je mulut si kecil ni menyebutnya.
Daddy dan Humaira sedang melangkah ke Petting zooMasa inilah mummy cuba serapkan rasa sayang kepada binatang pada Humaira. Kenalkan dia dengan nama setiap binatang. Yang Humaira familiar sebelum ini dengan fish dan bird. So kalau nampak kedua2 binatang itu cepat je mulut si kecil ni menyebutnya.
Feeding show. Humaira sempat tengok Racoon feeding.
Racoon. Humaira panggil Eooow..Asal rupa kucing semuanya eooow
Mummy tengah bagi arnab makan. Makanan arnab ada jual, sepaket rm1.
Daddy pula bagi arnab makan. Humaira jadi tukang tengok. Bukan apa, mummy bagi Humaira makanan arnab, dia bantai nak masuk mulut. Hayooo...nasib baik sempat grab tangan si kecil ni..Itu makanan arnab le sayang..kita tak boleh makan
Kemudian Humaira tengok ikan pula. Ikan biasa2 je,
Cantik pemandangan di petting zoo. Lokasi betul2 bersebelahan dengan gunung.
Yang ini Humaira masuk dalam sangkar burung. Macam2 burung ada. Kalau berani bolehla pegang.
Nampak macam jinak
Destinasi seterusnya, berjalan ke Tiger valley.
Masa sampai ada tiger show tapi tak tunggu habis pun. Cuaca panas. Bateri kamera pun sudah kong. Yang pasti harimau dekat sini bulu lagi bersih dari zoo negara. Nampak sihat je
9 comments:
best nyer lost world of tambun ni...
gambar2 sangat cantik la nieda :)
ada plan nak ke sini tp encik abang kata tunggu :)
seronoknya..kalo mimi n fifi..sure suka..dorang tu berani2 sket..mamanya je penakut..hehehe..
mcm best je tmpt ni nieda, sbb bleh bg mkn kat haiwan...mesti anak2 kita excited kalau dtg sini..:)
senyum sorang2 baca humaira nk masuk mulut food rabbit tu..akekeke.tp peel tu la yg buat comey n akan ingat sampai bila2..
bnyk gak haiwan dlm tu.best la humaira explore..psst,ingat lg kita p taman burung kl..lari lintang pukang sbb burung kejar..hahaha
jelingan si belang menakutkan..hee...humaira tak takut ke?..hehe..
bestnye lost world ni..takpenah g walaupun org perak :( nak kena g ni!
bestnya pg world of tambun..sukalah humaira main air n tgk animals tu..mesti riuhkan mulut dia tanya itu ini...
Harimau dalam sangkar ke? Atau boleh "pet" juga? :)
Post a Comment