Isnin malam selasa nieda & co makan steamboat di Restoren tupai-tupai. Restoren ni terletak di Seksyen 13, belakang servis apartment Acapella. Dah lama teringin nak makan steamboat, baru terlaksana minggu ini. Humaira pun mood baik, bagi kerjasama dgn mummy dan daddy. Makan steamboat ni ambil masa sedikit, nak ambil makanan, masak dan makan. Makan steamboat kena feeling2 sikit..Huhu...
Menghidangkan steamboat secara buffet. Memang puas hati, banyak pilihan. Harga RM25 seorang untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2. Boleh makan sampai pengsannnn... Selain dari steamboat, makanan berat ada nasi goreng cina, bihun goreng, kuewtiaw goreng dan spagethi. Untuk dessert ada ais krim, tapai, mushroom soup dan bubur nasi. Air pun banyak pilihan masa mummy datang tempohari, ada air fresh orange, lime juice, sirap, teh dan kopi semuanya include RM25. Sup untuk steamboat boleh pilih 2 jenis, mummy ambil sup sayur dan tomyam kelapa. First time cuba tomyam kelapa, sedap. Actually pelayan tu yang rekomen, tomyam tu dari air kelapa.
Layan gambar, just snap guna kamera hp. Malu i nak snap guna kamera. Ramai orang, majority yang datang untuk makan steamboat. Cuma ada waktu malam je
Pembaziran makanan dikenakan bayaran RM10 untuk 100g. So berpada2lah ketika ambil makanan. That why mummy just ambil sikit2, kalau rasa nak lagi baru top up.Membazir amalan syaitonnn.

First round mummy makan udang dan sotong...fresh
Seafood, banyak pilihan...sotong, udang, lala, ikan, pepahat, kepah dll..Ayam pun ada
Fish ball, crabstik, semua ada....
Bahagian sayur...semuanya fresh
Ada macam2 jenis cendawan dan 5 pilihan sos
Periuk steamboat meja kami...Humaira bukanlah peminat steamboat. Daddy yang tukang habiskan sup sayur, mummy dah tentu tomyam..
Humaira makan ais krim je.
Ais krim idaman Humaira selalu....
Daya tarikan untuk Humaira, Tupai.. Suka sangat tengok tupai.
Sesiapa yang suka makan steamboat memang rekomen pergi sini. Restoren ni ada 3 cawangan di KL berhampiran dgn DBP, Shah Alam dan Bangi.
16 comments:
yup!huda penah pegi yg dekat ngn DBP tu je..kat bangi pun ade yer..xpenah tau :) berbaloi makan macam ni, puas hati :)
Tu yg bestnye mkn steamboat nih..blh mkn sampai pengsan & byk pilihan..Tp sama gak mcm kat tmpt lily d sabah..klu x abis dlm 100g ke atas mmg dikenakan denda gak..
kami plak suker SB kat sabak. tapi nnt nak try kat sini plak.
nmpak mcm rest. tupai2 kat DBP jugak...
yg sepanduk pembaziran mknan tu buat kita psiko la nak mkn bnyk2..heh3x...
duk plan je kami ni memanjang tp perginya idak nye lagikk..a deihh!!
nak kena pergi gak nii tak tertahan tengok steamboat tu..
huhuhu best nye ni... acik haza kena pi try... dah lama nak pi tapi tertangguh2...
murah dr seoul garden..boleh try ni.
rindu nk mkn kat tupai2 di DBP tu..hihihi...
wah, bestnya....kalo nak g kena betul2 lapar ni baru best...hiks...
menariks ni nieda...lieya suke steambot ......tgk dari gambar ni mmg byk pilihan hah...mmg puas ar mkn...kene gi perut lapar2...baru syok bantai mkn byk2 kan heehehehe
As salam, nieda aiskrim pun termasuk dlm RM25.00 tue ker?
ooo kat shah alam pun ada..xtau plak...humaira leh geng ngan abg danish sbb suka aiskrim jgk...
nak makan steamboat!!!
cam best...tak pernh sampai lg..herm..mybe next time leh try!
oooh pandai humaira mam eskem eh, arif?..hehehe...tak reti..cikit2 bleh la..hu~
best!! kita penah mkn kt bangi.puas hati mkn sini kan.yg kt dbp tu penah mkn time lunch je.sedap gak.siap ada ikan bakar sekali
satu lagi steamboat @ sek 7..belakang kompleks belia da sukan...bbq steamboat...price rm19.90 tuk dewasa n rm 9.90 tuk kanak2
Post a Comment