My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, March 31, 2010

Happy Birthday Adam dan Qaseh

Ahad lepas mummy dapat jemputan birthday party from my best friend, Yus. Celebrate birthday anakandanya, Adam Harith dan sepupu Adam, Qaseh. Beza usia Adam dan Qaseh cuma 2 minggu. Mummy datang lewat, tak sempat nak tengok prince dan princess comel ni cutting cake sebab Humaira tidur. Anak dara mummy ni kalau weekend susah betul nak tidur, maklumla daddy dia ada. Asyik nak berkepit dan main dengan daddy dia jer. Masa mummy sampai, Adam dah tidur. Sayang betul tak dapat snap gambar birthday boy.

Tak banyak pun mummy ambil gambar. Masa sampai pun dah penghujung majlis, tetamu pun ramai dah balik. Apa-apapun mummy enjoy jumpa kawan baik mummy. Banyak yang kita share masa pregnant kan Yus, rindu betul waktu itu. Tinggal kenangan yang indah je, nanti kita plan sama2 pula 2nd junior k..hehe

Untuk Adam dan Qaseh, Selamat Hari Lahir. Semoga menjadi anak yang soleh & solehah..


Birthday girl, Qaseh


Qaseh yang comel, genap setahun masa majlis birthday ni


Alolo nangis dia, jealous mama dia pegang baby lain..


Mummy dan Aunty Yus khusyuk borak, lama betul tak jumpa, masing2 busy.


Comelnya Qaseh buat muka macam tu..








Borak dan borak..U dah kurus lah Yus..I juga yang bam bam





Nilah daddy's girl, berkepit dgn daddy jer


Humaira tunggu mummy bersiap nak pergi birthday party. Sayang dia...


Cepat masa berlalu, entry lama masa Aunty Yus datang melawat Humaira dekat SINI. Masa tu umur Humaira sebulan lebih, Adam dalam 2 bulan lebih. (Adam lahir 10 Apr, Humaira lahir 10 Mei) beza sebulan jer. Sekarang ni dah besar mereka, tak sangka nak masuk setahun dah. Teremosi pula mummy Humaira ni..

Tuesday, March 30, 2010

Anak dara mummy yang makin notty

Humaira dah 10++, banyak benda yang dia belajar. Kadang-kadang sebagai mummy seronok of coursela tgk dia membesar dengan sihat, menguji kesabaran pun ada bila dia semakin panjang akal. Kalau dah dapat kaki nanti lagilah kena alert. Buat anakanda Humaira, selamat bereksplorasi, mummy dan daddy pasti ada bersama Humaira...

Sebelum Humaira lahir, daddy dah pasangkan grill. Selalu panjat sini. Grill tu jarang senang jer dia nak capai kasut kt luar.



Hari Ahad lepas mummy nak ambil berus di balkoni untuk cuci toilet, lupa nak tutup pintu bilik air. Humaira tolong cucikan habis basah baju dia. Nangis kena marah dengan mummy. Bahaya sayang, nasib baik mummy sedar awal. Mummy next time please extra alert..



Kerusi ni dah lama, daddy beli masa dia masih bujang lagi. Masa tu tempat kerja daddy lelong barang yang dah luput tapi masih elok. Jarang dah jumpa kerusi mcm ni, humaira punya favorite port untuk memanjat.
Skill pertama masukkan kepala kt celah kerusi tu.


Skill kedua, naikkan sebelah kaki dulu (kaki kiri)


Skill ketiga, naikkan yang lagi sebelah pula (kaki kanan)


Wah..berjaya lah mummy..

Monday, March 29, 2010

Tahniah daddy

Untuk hero kami (hero mummy dan Humaira) tahniah kerana dapat sambung study. Alhamdulillah setelah lama juga menunggu akhirnya dapat juga result hari Jumaat lepas. Daddy Humaira dapat biasiswa dari UiTM untuk sambung PHD. Kalau tak silap mummy, daddy pergi inteview untuk scholarship ni dalam bulan January lepas.

Masa interview hari tu, daddy minta untuk sambung pengajian di Australia, maybe tak ada rezeki. Gov tak ada budget untuk hantar daddy ke Australia. Yang kelakarnya panel interview tu suruh daddy sambung PHD di India, tapi daddy taknak. Last2 bila dapat offer letter ni UiTM tawarkan tempat pengajian daddy di NEGARA ASEAN. Daddy dah buat keputusan untuk sambung di MALAYSIA sahaja, sekurang2nya kebajikan kita terjaga. Daddy kata kalau sambung oversea elaun perumahan dan cola ditarik balik (dua2 elaun tu pun dah rm1000++)

Untuk hero kami, all the best and good luck.

Offer letter daddy


Banyaknya nak kena isi borang2 ni..


Humaira doakan daddy berjaya k..study elok2 nanti

Thursday, March 25, 2010

Mendidik anak

Artikel ini mummy copy paste dari Berita Minggu 21 Mac 2010 sebagai rujukan mummy di kemudian hari.

Info menarik untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak:

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al fatihah, ayat kursi dan surah al-Inshirah. Surah al fatihah adalah ibu al-Quran, ayat kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk membaca doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Rahsia pemakanan ilmuan Islam

Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.


Kismis

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab pemakanannya, ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah, dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.


Susu segar

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga, mental dan fizikal.


Telur

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.


Halia

Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.


Buah delima

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.


Semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Menurut Fadzilah Kamsah, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah hypnagogic moment iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

‘ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untu membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan, insyaallah anak2 akan menurut apa yang dikatakan. ‘

‘Waktu lain yang turut member impak besar kepada usaha ibu bapa memberididikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. ‘

Jangan mengeluarkan perkataan negative ketika marah. Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsur positif.

Wednesday, March 24, 2010

3-Series Birthday Giveaway: THE FACT ABOUT e-caR

Giveaway dari e-car sempena birthday ahkak pada 25 March ini. Happy Birthday moga panjang umur murah rezeki kak ecar... Untuk mengetahui lebih detail pasal giveaway ni boleh klik SINI




FAKTA
tentang e-caR

Fakta 1
  • Ibu kepada hensem boy E'zz Eiymann Nazrin yang akan mengadakan 3rd Birthday Bash party pada 11 April. Sehingga sekarang ahkak kita ni masih breastfeed Eiymann. Kak Ecar juga disusukan oleh ibunya sehingga berusia empat tahun.Cayalah..

Tabik spring pada kak ecar yang menyusukan Eiymann dalam LRT. Kehendak anak paling diutamakan daripada perasaan malu. Mestilah, makanan utama Eiymann..

Fakta 2
  • Prminat setia barangan Guess. Selalunya kalau buat giveaway, hadiah utama mesti dapat barangan guess...Kak ecar merupakan Guess VIP Member since 2006, siap share dgn blogger kt luar sana jika berminat nak beli barangan di butik Guess boleh gunakan Guess VIP Member kak Ecar untuk dapat 15% diskaun. Baik hati, sharing is caring right??

Giveaway untuk dishare dengan pembaca blog kak ecar. boleh klik kt gambar untuk details.
  • Kak Ecar mula pakai tudung sejak tahun lepas kalau tak silap masa bulan puasa, siapa kata org pakai tudung tak boleh bergaya? Sekarang ni mcm2 style tudung boleh digayakan. Dulu kak ecar chubby sekarang ni slim jer. Ibu yang pandai bergaya. Berkat transformasi baru, kak ecar juga ada menjual pelbagai koleksi tudung di style-caR. Memang cantik dan tertarik hokey!!!


Dulu chubby...sekarang....(tgk gambar bawah ni, the hot mommy)


Pelbagai style menarik..


Antara penaja untuk giveaway ini adalah:

Tuesday, March 23, 2010

Beautiful blogger award

Award yang mummy dapat.. Beautiful blogger award!




Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.
Award dari blog hot mommies iaitu Ezan dan Yati. Thank you. Ada juga orang sudi bagi award untuk blog mummy yang tak seberapa ni..

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
  1. beautiful zuera
  2. beautiful Huspa
  3. beautiful Muza
  4. beautiful mamalieyna
  5. sesiapa yg baca blog ni boleh???

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
will do

4. State 7 things about yourself.Well, here are 7 things about myself

1. mummy to my lovely daughter Humaira
2. wife to my love Mr Nizam
3. takut pada lipas, that why sampai sekarang tak buat kitchen cabinet. Mummy tak sanggup main kejar2 dgn lipas
4. suka masak untuk yang tercinta walaupun taklah expert mana
5. Suka window shopping
6. Sensitif, tgk cerita sedih boleh nangis
7. Tak suka bela kucing, ada insiden kucing cakar sampai sekarang ada parut lagi. Tapi mummy cepat simpati dekat kucing, kalau kucing lapar mummy pasti bagi makan cuma takdelah nak pegang2..hehe.

Taman Botani Putrajaya

Mummy pergi Taman Botani selepas tgk belon panas. Tempat yang menarik untuk dilawati. Sangat sesuai untuk bawa baby seusia Humaira (kalau cuaca best, tak panas) sebab pelbagai kemudahan untuk baby ada. Kita boleh berbasikal sambil bawa baby, mummy tak snap gambar basikal yang ada bakul baby sebab mummy bawa stroller Humaira. Kalau malas bawa stroller boleh sewa dekat situ.

Mummy Humaira jadi pemandu pelancong dekat sini yer..Sambil bagi maklumat dan gambar yang menarik di Taman Botani.

Taman Botani Putrajaya terdapat lebih 700 spesis tumbuhan daripada benua-benua yang berbeza di dunia, taman yang menarik ini berfungsi sebagai kawasan perlindungan selain pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara yang tak ternilai. Fakta yang menarik tentang taman ini adalah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia tersenarai antara 40 buah taman yang tercantik di Asia oleh buku Paradise Found.



Hijaukan bumi kita..


First journey mummy di Laluan Jelajah. Nyaman dan hijau dengan pemandangan kanopi hutan sepanjang 170 meter.




Perkhidmatan tram disediakan untuk mengelilingi taman ini. Bagi yang inginkan privasi bolehlah berbasikal.


Terdapat juga dunia bunga-bungaan yang menakjubkan di pelbagai taman flora seperti koleksi tanaman Amerika Tropika, koleksi tanaman Afrika, tanaman Asia Pasifik dan Teduhan Ara yang cukup mempersonakan.




Menyusuri sisiran tasik kita akan temui Astaka Morocco yang unik dan mengagumkan. Seni binanya bercirikan warisan Magribi yang diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan. Dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang untuk masuk ke Astaka Morocco. Sayang sekali tidak boleh tangkap gambar di dalam kawasan ini.


Daddy curi-curi tangkap gambar..Dikawal ketat oleh CCTV


Pusat interaktif pelawat yang menawarkan aktiviti pembelajaran mengenai alam tumbuh-tumbuhan


Seronok Humaira dapat landing dekat taman yang serba hijau. Bila Humaira dah besar nanti, hargailah bumi kita sayang.


Humaira pegang bunga..








Boleh merancang majlis perkahwinan dalam taman yang gemilang. Masa mummy pergi, kakitangan taman ini tengah membuat persiapan majlis perkahwinan. Seronoknya kalau dapat buat dekat sini. Banyak lagi tempat yang mummy tak lawati sebab kepenatan.

Kalau pengunjung nak pergi sini, mummy sarankan bawa bekal dan minuman, dekat dalam taman ni tak ada gerai. Keluar dari taman ni, mummy cari air, dahaga giler.

Monday, March 22, 2010

Hot air ballon 2010

Hari sabtu gigih mummy bangun awal pagi siapkan breakfast untuk bawa bekal. Buat sandwich jer. kikiki..Humaira mcm tau-tau jer nak pergi jalan awal pagi. Pukul 6 dah bangun siap kejutkan daddy dia. Daddy wake up, Humaira nak tgk belon panas...

Pukul 7.50 pagi kami gerak dari Shah Alam, sampai di Putrajaya dalam pukul 8.15 pagi. On the way nak masuk Putrajaya mummy dah nampak belon, excited nak tunjuk dekat Humaira, sekali anak dara ni bantai tidur dekat car seat dia.

Daddy plan nak tengok dari jauh, takut jammed. So kami parking kereta dekat jambatan Putrajaya tu. Dalam 10 minit tangkap gambar, mummy baru nak feeling2 layan belon sekali polis trafik bunyikan siren nak saman kereta yang parking dekat jambatan tu. Apalagi kelam kabut mummy dengan daddy berlari dekat kereta. Hampeh x dapat nak layan belon-belon itu. Masa kami lalu tempat belon2 tu dalam pukul 8.30 pagi ramainya orang, parking pun dah penuh. Then daddy decide nak pergi Taman Botani Putrajaya, nanti mummy upload gambar.

Ini saja yang sempat snap..layannnn...









belon apa warna biru tu???


Owh seluar jeans rupanya..kreatif


Sampan pun ada..


Payung terjun, rasa mcm nak naik jer..mummy suka benda2 yang mencabar, daddy jer takut, gayat katanya.


Close up sikit, mummy berangan kononnyua mummy yang naik..heheheh


On the way masa nak pergi tgk belon panas..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails