My sweet story...

My sweet story...

Saturday, March 6, 2010

Kamera baru

Rabu lepas husband belikan saya kamera Nikon Coolpix L21. Nak bising pun tak guna sebab siapa tak suka kalau dapat hadiahkan!!! For your birthday present katanya..Cik abang oi, birthday nieda lambat lagi..Apapun thank you ya!I like pink colour...

Saya suka sebab kecil dan ringan kamera ni, muat nak letak dalam hand bag. Perempuan, kalau boleh semua benda nak letak dalam hand bag, betul tak? Takkan lah nak pergi mana2 kena bawa DSLR yang gedabak tu...

Sebenarnya, husband beli digital camera nak beli hati wife dia lah tu. Sebabnya, husband dah lama nak beli lense untuk DSLR nya. Saya yang tak bagi. Aksesori untuk kamera memang mahal, tak berbaloi saya rasa. Harga lense saja kita boleh dapat digital camera yang canggih. Lama-lama wife dia cair juga bila dia selalu tunjukkan website yang guna lense tersebut. Tengok review lense dekat SINI yang buat saya teruja.

Memang cantik, lense ni sangat sesuai untuk ambil gambar anak-anak.. Finally, he bought Nikkor AFS 35mm 1.8 lense at Photo Selangor, Pertama Komplek Kuala Lumpur. That why kalau kita upah photographer untuk ambil gambar, harganya mahal, sebab aksesori2 untuk kamera DSLR pun mahal. Secara peribadi bagi saya, cantik atau tidak gambar yang diambil, bukan terletak pada kamera DSLR 100%, tetapi lense juga memainkan peranan.

Lepas ni boleh tangkap gambar Humaira banyak2..Daddy, seperti biasa kita buat outdoor photography ok untuk daddy's girl!!! Humaira ni kalau bab nak enjoy, seronok2 mesti cari daddy dia, tapi untuk survival life pasti mummy yang dicarinya. Kesimpulannya, kedua2 penting bagi Humaira, kalau salah seorang takde, pincanglah hidupnya..I luv u my girl, forever and ever!!!

Have a nice weekend...


Pink colour


Lense hubby


Budak yang sengih, kesian dia merah2 muka kena gigit nyamuk..


Tayang gigi yang suka gigit mummy


Disebalik pintu, comotnya..baru lepas makan

7 comments:

Momma Mia said...

huhu besnya dapat nikon tuh.. color pun menawan u. pasnih mesti lagi byk gamba humaira yg vogue2...

Ena said...

Wahhh.. besynyer dapat kamera baru.. betul tu senang nak bawa kemana2 kan!.. he3x..

asben photographer ker? cam ena juge lah.. selalu halang hubby nak beli itu & ini.. yerla memg mahal pun.. tp skrg dah x halang2 lg.. memg hasilnyer berbaloi2x.. heheheh..

nieda said...

momma mia: mmg pun, kamera penuh dgn gambar anak..

Ena: Asben nieda bkn photographer, minat pada DSLR jer. Suka ambil gambar

dilaOHdila said...

shuntek boKAeh tu...
dilla pun guna 35mm Jugak, memang best!
congrat dah ada 35MM....

~ana~ said...

wah nieda, best nya dpt haadiah ..nikon lg tuh...

sian lak tgk muka humaira kena gigit nyamuk...

ezan said...

wah bestnya dpt camera.. ambik gambar humaira byk2 k.. :)

* cantik la gambar2 ni.. pandai nieda ambik gambar.

Softtouch [Hanim] said...

comelnya camera baru..pink lagi..muza pun suka pink..muza jer belum dpt kamera baru..sedih nya..xpe xpe tggu bb kuar dulu...hu hu hu

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails