Mummy pergi Taman Botani selepas tgk belon panas. Tempat yang menarik untuk dilawati. Sangat sesuai untuk bawa baby seusia Humaira (kalau cuaca best, tak panas) sebab pelbagai kemudahan untuk baby ada. Kita boleh berbasikal sambil bawa baby, mummy tak snap gambar basikal yang ada bakul baby sebab mummy bawa stroller Humaira. Kalau malas bawa stroller boleh sewa dekat situ.
Mummy Humaira jadi pemandu pelancong dekat sini yer..Sambil bagi maklumat dan gambar yang menarik di Taman Botani.
Taman Botani Putrajaya terdapat lebih 700 spesis tumbuhan daripada benua-benua yang berbeza di dunia, taman yang menarik ini berfungsi sebagai kawasan perlindungan selain pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara yang tak ternilai. Fakta yang menarik tentang taman ini adalah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia tersenarai antara 40 buah taman yang tercantik di Asia oleh buku Paradise Found.

Hijaukan bumi kita..
First journey mummy di Laluan Jelajah. Nyaman dan hijau dengan pemandangan kanopi hutan sepanjang 170 meter.
Perkhidmatan tram disediakan untuk mengelilingi taman ini. Bagi yang inginkan privasi bolehlah berbasikal.
Terdapat juga dunia bunga-bungaan yang menakjubkan di pelbagai taman flora seperti koleksi tanaman Amerika Tropika, koleksi tanaman Afrika, tanaman Asia Pasifik dan Teduhan Ara yang cukup mempersonakan.
Menyusuri sisiran tasik kita akan temui Astaka Morocco yang unik dan mengagumkan. Seni binanya bercirikan warisan Magribi yang diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan. Dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang untuk masuk ke Astaka Morocco. Sayang sekali tidak boleh tangkap gambar di dalam kawasan ini.
Daddy curi-curi tangkap gambar..Dikawal ketat oleh CCTV
Pusat interaktif pelawat yang menawarkan aktiviti pembelajaran mengenai alam tumbuh-tumbuhan
Seronok Humaira dapat landing dekat taman yang serba hijau. Bila Humaira dah besar nanti, hargailah bumi kita sayang.
Humaira pegang bunga..
Boleh merancang majlis perkahwinan dalam taman yang gemilang. Masa mummy pergi, kakitangan taman ini tengah membuat persiapan majlis perkahwinan. Seronoknya kalau dapat buat dekat sini. Banyak lagi tempat yang mummy tak lawati sebab kepenatan.
Kalau pengunjung nak pergi sini, mummy sarankan bawa bekal dan minuman, dekat dalam taman ni tak ada gerai. Keluar dari taman ni, mummy cari air, dahaga giler.
Kalau pengunjung nak pergi sini, mummy sarankan bawa bekal dan minuman, dekat dalam taman ni tak ada gerai. Keluar dari taman ni, mummy cari air, dahaga giler.
7 comments:
nieda, cantik la tmpt ni...gmbr2 yg di ambil pun cantik2...
yg moroccan gate tu mmg sama sebijk yg i pernah gi kat spain dulu. tp apsal x bg amik gmbr, kedekutnye kan?
amboi2...aku pun tak sampai lagikat sini wakkaakakak...ade gak laa gi taman botani tu tapi abis pusing laa nieda.....gi wat photoshoot jek ari tu.....terukkan lieya...name jek org putrajaya wakaakakakak.....
mmg ....haus jadinyer....dah le tempatnye luas nak berjalan.....tapi suke tgk humaira....muke tetap serius gitu ....heheeheh
best nyer..kak berapa nak bayar klu nak masuk kak..kasi info sikit :)
alahai.. bestnye kat taman ni nieda. Napelah saya tak tau ni?? ketinggalan betullah!
p/s: nieda, fatin pun ada baju yg sama cam humairah pakai tu.. nanti kalau jumpe leh pakai kan same2 kn.. like twin gitu eheheh:D
ana: mmg cantik, hijau je
yatie: oo yaker sama mcm kt spain? memang kedekut betul x kasi tangkap gambar dah lah kena bayar..hehe
lieya: huhu pergi sana pun lepas tgk belon panas, sebab awal lagi masa tu bolehla layannn
wan sujaihah: Masuk percuma. Kalau berminat mcm nak masuk sesetengah tempat kena bayar mcm astaka morocco, naik tram, basikal.boleh tanya kt kaunter informasi kt situ. Akak pun x habis round dik..
chungie: hoho kalau pakai mesti mcm kembar. Dahlah beza dorang sehari jer. boleh, boleh
xpernah smpai situ lagi..mcm byk kene jalan jer yer nieda tmn tu yer..xpe lepas muza dah bsalin nak pglah..he he he..budak2 mesti suka dpt bebas berlari n bjalan...
Post a Comment