My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 25, 2010

Mendidik anak

Artikel ini mummy copy paste dari Berita Minggu 21 Mac 2010 sebagai rujukan mummy di kemudian hari.

Info menarik untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak:

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al fatihah, ayat kursi dan surah al-Inshirah. Surah al fatihah adalah ibu al-Quran, ayat kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk membaca doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Rahsia pemakanan ilmuan Islam

Madu

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.


Kismis

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab pemakanannya, ialah dengan mengadap kiblat, membaca Bismillah, dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.


Susu segar

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga, mental dan fizikal.


Telur

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.


Halia

Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.


Buah delima

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: ‘Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.


Semua anak dilahirkan pintar cuma cara merangsang yang membezakan impaknya. Ini wujud dalam bentuk pakej iaitu mesti membetulkan hati, otak, makanan, persekitaran dan didikan.

Menurut Fadzilah Kamsah, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah hypnagogic moment iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur.

‘ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untu membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan, insyaallah anak2 akan menurut apa yang dikatakan. ‘

‘Waktu lain yang turut member impak besar kepada usaha ibu bapa memberididikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. ‘

Jangan mengeluarkan perkataan negative ketika marah. Kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsur positif.

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

bagus la info ni nieda..thanks for sharing..leh dijadikan panduan yg sgt2 berguna! ^_^

p/s huhu award n homework tu, nanti2 kita buat eh..:p..asek2 berhutang jer ngn mmber2 ni..huhu..utang tag! haish..

YanDarwisy said...

Bagusnyerr N3 nih, byk ilmu dpt dikongsi....

☆ lieya latif ☆ said...

bagus ar info ni nieda...thanks sebab kongsikan...leh di praktikkan...nowdays budak2 byk yg nakal....takmo dgr nasihat n ckp parent....tu pasal byk kes2 negatif melibatkan remaje kita....

Unknown said...

yep.. penah gak baca info ni dlm buku.. tp tu lah kan, sy ni selalu je lupa + mals.. heheh.. makanan spt kismis mmg sangat2 bagus untuk anak kita.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails