My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, June 8, 2011

Review Astro Super Package

sumber dari blog husband, saya copy paste shj.hehe

6 Jun 2011, ketika saya browse internet saya melihat beberapa ruangan forum sedang berbicara mengenai Astro yang akan mengumumkan monthly rate yang baru. Apabila saya buka website Astro.com.my, telah ada satu page baru mengenai kadar bayaran bulanan yang bakal dikuatkuasakan pada 11 Julai, iaitu hari dimana beberapa channel baru seperti Disney Junior, Sundance HD dan Discovery HD dan Astro Super Sport HD 2 akan dilancarkan.

Sebelum ini pakej Astro saya ialah :-

Family+2 mini package+Sports+Movie+ HD Service dimana jumlah sebenar yang perlu saya bayar termasuk cukai ialah kira-kira RM 133.

Dan apabila saya membuat pengiraan berdasarkan monthly rate yang baru di laman web Astro, additional cost yang perlu saya bayar selepas 11 Julai ialah RM 141 termasuk cukai iaitu lebih RM 8 dari previous rate.

Tiba-tiba terpandang pula pakej baru Astro Super Pack dan yang sudah tentu menarik minat saya ialah Super Pack 1. Harganya RM 125 dan selepas ditambah tax, saya akan membayar harga yang sama dengan rate lama saya.

Panggilan ke Astro Customer Service dibuat untuk menukar pakej ke Super Pack 1 dan penukaran dibuat almost immediately. Saya ada bertanya pada mereka sampai bila promosi ini akan berakhir dan kata mereka ianya akan berkekalan.

Dibawah ialah perbandingan pakej saya sebelum dan selepas penukaran.

Sebelum. Harga sebelum cukai RM 125.90 dan apa yang dapat ialah :- Family + Fun + Learning + Movie + Sports+HD Service

Selepas. Harga sebelum cukai masih maintain RM 125 dan apa yang saya dapat ialah:- Family+Fun+Learning+Variety+Movie+Sports+Mustika+ABO Tayangan Hebat+HD Service+PVR Recording.

Yang saya boldkan semua adalah pakej baru yang saya perolehi berbanding pakej lama. Variety boleh ditukar kepada News, yang penting untuk pakej Super Pack 1 ini ialah perlu ada 3 mini package.

Untuk makluman, jika tiada super package maka saya perlu tambah RM 12 sebulan untuk Mustika, RM 9.95 sebulan untuk ABO Tayangan Hebat dan RM 10 sebulan untuk PVR Recording.

So, now enjoy the channels especially HD channels, kualiti HD memang sharp, google HD TV dan SDTV untuk compare, untuk makluman TV3 masih dalam SD.

9 comments:

NM02 said...

ada family channel dan mustika jek.. tu pun jarang tgk. hehehe

cho_zila said...

ada yerk .. tak perasan lak nak kena gi tengok astro pakej gakni...
jumpa yr link masa BW kat blog hanim yang cerita pasal kedai makan tropika corner taman melati..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Since ktorg pindah rumah..Astro x pasang2 lg..tp tetap gak bayar..laa..ni dh nk naik harga..kena pertimbangan kanlah dulu ni samada nk teruskan @ nk potong jer..lg pun tmpt ktorg ni..xde astro pun x pe..bukan jer siaran malaysia..siaran S'pore & indon pun blh dpt.. :)

Farra Dhelina said...

info bgs ni..fra kan ddk dgn mak mertua, dlm blk tdo fra, takde astro, igt nnti nak apply lah.. hehe.. baru best kan..klu tak boring je..

Dee said...

ini semua utk astro beyond je ke?

ezan said...

wah baru tauni. harus call astro tukar package gak. tq for sharing nieda...

ps: tibe2 rasa astro ni semakin ass-trok. cekik darah :p

Unknown said...

rumah huda pakai tv lama lg..astro pun basic pakej je :)

MamaYatie said...

ok la tu..ada jugak alternative kan..saya tak pakai astro..tak dan nak ngadap tv

Anonymous said...

as slm saja nk tanya..kalau harga disney junior je brapa erk?nk ambik utk my lil girl..mummy yg nk sbnrnya ;P

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails