My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, May 5, 2010

Susu ibu tetap no 1, kata Humaira

Ini kes Humaira yang taknak minum air masak. Lepas makan atau dahaga pasti susu mummy yg dicarinya. Sebagai ibu pasti isu seperti ini merisaukan kita. Ada kawan mummy Mardziah yang berkesempatan menghadiri program Malaysian breastfeeding Peer Counselor Training Program (MBfpc) di Kuantan. Jadi mummy minta jasa baik Mardziah untuk bertanyakan kemusykilan ini. Terima kasih Mardziah atas jawapam yang diberikan. Secara peribadi mummy memang suka baca blog beliau, banyak info dan pengalaman dalam penyusuan yang dikongsi bersama. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tetapi dgn blog ini rasa dekat antara satu lain. Banyak faedahnya berblogging ni. Sharing is caring..

Ini soalan mummy:
  1. Nieda - Humaira dah nak masuk setahun. Dia langsung tak nak minum air masak atau apa-apa air. Mesti dia luakkan balik. Kalau lepas makan mesti dia menyusu untuk hilangkan haus. Sepatutnya baya Humaira perlukan air yg banyak since dia sangat aktif. JAWAPAN - Humaira boleh menyusu dan makan makanan pepejal tanpa minum air masak atau apa-apa air lain kerana Humaira tahu apa yang dia perlukan dan komposisi susu ibu itu sendiri sudah membekalkan air pada Humaira. Apa yang Nieda boleh buat adalah cuba beri air masak atau air-air lain pada Humaira secara beransur-ansur (tidak memaksa).
Mummy jadi breastaurant pada Humaira, di mana2 pun boleh. Alhamdulillah.


(ada masa nanti mummy nak abadikan coretan pengalaman menyusukan Humaira sebagai kenangan di kemudian hari)

13 comments:

ezan said...

yeah!! humaira clever girl.. dia tau apa yang paling baik utk humaira.. susu ibu tetap the best...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

sokong tu memnag no satu di DUNIA...sayangnyer kiter susu kan aqish dlaam pantang je pastu dah minum susu formula...anak ke dua ni nekad nak bagi BF sampai umur 2 tahun

Unknown said...

heheh..
yep betul jawapan tu nieda.. base on my experience, anak yg masih menyusu badan tak perlu lah kita rs risau, sbb susu ibu tu sendiri dah merangkumi segalanya termasuk makanan..

untuk anak yg guna susu tepung, dorang akan lebih minum air masak..

fatin sama mcm tu jugak..dulu masa Fully BF, air masak lagsung x nk.
Sekarang ni sejak dh lebih minum susu tepung, air masak die minum mcm minum susu.. abis sebotol kecik tu sekali minum je. maybe sbb die dh terlalu lasak dan aktiv jugak yg menyebabkan die minum air masak yg byk.

jangan risau k.. humairah ok tu. kan humairah cayang?

Unknown said...

cayalah humaira, mmg susu ibu yg terbaik :) alhamdulillah same2 kita susukan susu ibu :) husna pun tetap cari susu ummi wlupun dh kenyang mkn macam2 :)

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

bagus nieda, akak sokong.. akak pun kalau ada anak ke 3 insyallah nak try fully bf jugak

Farah said...

hehe afif macam tu gak dulu..pelan2 saya sua kan air masak..skang ni ok dah..lebih baik bagi susu badan dari bagi air manis yang lain kan.

mamaarifakeemaisy said...

bertuah humaira ye...teruskan humaira, susu ibu adalah yg terbaik! tapiii sesekali minum jugak air masak ye sayang..ala sikit2 jer..^_^

Mag said...

ouh..pernah jugak baca..baby breastfeed tayah minum air kosong pon xpe

Elly Emmy said...

bijak.. bijak.. pilihan yg tepat.. tapi humaira kena cuba minum air juger yer... busyuk manis..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sama cam Qis..susu Ibu adalah yg terbaik..Tp skrg Qis dh kuat minum air masak.. :)

~ana~ said...

thanks for the info...

congrats sbb masih berjaya fully bf humaira..go go go..:)

Unknown said...

InsyaAllah dunia blog mendekatkan kita. Tahniah ye, dah setahun berjaya menyusu Humaira. Teruskan!

hushuss said...

tgk Nieda berjaya susukan Humaira, rasa semangat nak susukan anak kecik, kena tunggu yang 2nd pulak since Hazrat tak dpt fully BF sbb Huspa tersedar lambat.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails