My sweet story...

My sweet story...

Thursday, May 20, 2010

Trip ke Terengganu

Kami check out dari Suria Resort Cherating dalam pukul 11.00 pagi hari Selasa dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Banyak pulau yang menarik dekat Terengganu tapi disebabkan bawa si kecil Humaira yang takut laut, cuaca sangat panas, kami decide untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu sahaja. Nanti bila Humaira dah besar kita pergi pulau

Daddy awal2 dah pesan, bila kita travel, pemakanan kena jaga takut nanti ada yang keracunan. Sudahnya, sepanjang bercuti kami lunch di restoren fast food, A&W, KFC, Mc D. Cuma malam kami dinner di restoren seafood.

Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, Humaira tidur..Good girl


Restoren A& W, masa ni sibuk dia tegur kawan umur baya2 dia. Time ni Humaira baru bangun tidur, so baik jer peel dia. Siap ada akak tu ckp tgk abg tu baik jer..bila mummy ckp girl terkejut akak tu..Anak mummy dah mcm boy


Pantai Batu Buruk, berhampiran dengan restoren A&W


Lepas makan A&W, kami check in Hotel Sri Malaysia. Lebih kurang dalam pukul 3.00 petang sampai di hotel. 2 malam kami di sini. Rate hotel RM260 untuk 2 malam termasuk breakfast. Hotel Seri Malaysia terletak betul2 di tengah bandar Kuala Terengganu, dekat dengan pasar Payang. GPS memang banyak membantu kami dari sesat.

Bilik kami, daddy sengaja pilih 2 katil takut Humaira jatuh. Time tidur daddy turunkan tilam ke bawah..hehe


Apa lagi sampai kt hotel, main telefon la..dah cabut pun line telefon ni..


Sempat lagi kami berkunjung ke Taman Tamadun Islam yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man. Dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ. (sumber dari SINI)


Mummy dan Humaira di Taman Tamadun Islam


Malamnya kami makan seafood, ikan siakap 3 rasa dan sotong bakar.nyum nyum


Humaira tgh tunggu order


Hari kedua kami shopping di Pasar Payang. dan seterusnya agenda jalan-jalan.

Berlatarbelakang masjid putih..


Nyaman dan hijau


Pantai Kelulut Marang, cantik..


seberang laut sana, yang ada gunung tu kalau tak silap pulau kapas..

18 comments:

LyNn HaMzAh said...

bestnyer jalan2 ke terengganu...next month lynn pun akan ke terengganu juga sebab nak hantar pak su lynn nikah...

Unknown said...

ala nieda nape x bgtau nk dtg sini, leh singgah paka umah huda :) kat kuarters tnb tu je..pasni lom sure lg huda duk ganu lg or not..

Mag said...

cantik la gambar..huhu..bagus humaira.jalan2 tak buat perangai pon..senang nak bawak berjalan ni

~ana~ said...

gmbr2 nya cantik...pandai husband nieda ambik....:)

Softtouch [Hanim] said...

cantik2 pemandangan kat situlah nieda..seronok ye humaira jalan2..prangai nya pun elok jer..senang mummy dia..

Jasfyra said...

xpe la org ckp cam boy pun, bg acik juya humaira tetap comel tau..hihi

tahun ni lom berkesempatan lg ke terengganu dan kelantan.tgk gambar2 ni, melonjak2 nk p..hihi

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

cantiknyer pemandangan...kiter suka gambo matahari terbenam tu...tanteknyer...

ezan said...

bestnya!!!! nak ikut lain kali.. :P

alinalan said...

bestnya cuti...
nampak sodap sotong bakar tuh...
pantang!!! hihi

☆ lieya latif ☆ said...

best!! best!! lieya pun tingin nak gi ganu...tgk pic2 nieda cantik2 laaa....lawa tul pemandangna kat sane...

biase ar tu nieda, selalu jugak org salah tgk anakkite...depa ingat boy....lieya cdgkan nieda pakai kan rantai emas tuk humaira...gelang ke.... nak pakai hairband takut humaira tak mo.....biase lieya buat camtu.....

mamaarifakeemaisy said...

cantik sume piccas...sukenye dpt g tmpt camni...nak g jugakkkk! ^_^

nieda said...

lynn Hamzah: seronok, nieda pun 1st time p ganu

Huda: masa lalu paka, dah teringat kt Huda. Siap ckp kt hubby, ada member blog duduk kt paka..Rugi x dpt jumpa

Fabulous.farah: alhamdulillah, baik je dia x buat perangai.next time bolehla cuti2 lagi.hehe

Ana: semua gambar dia yg ambil, peminat DSLR

softtouch: haah sib baik Humaira baik x buat perangai

Jasfyra: thank you lah aunty, mummy dah pesan xmo noti2..

ANje: samalah kita pun suka gmbar matahari terbenam..cantik

ezan: boleh2, jom p ganu..ezan p holiday kt penang ok ker?

Momma Mia: sabaq yer, habis pantang nanti boleh makan..hehe

Lieya Latif: Headband mmg anak dara takmo pakai, ada gelang emas cuma bila jln jauh2 x pakai takut hilang.hehe

Wina Momma S and S said...

aduh! tengok gambar² Nieda ni, lagilah buat kite x sabar nak pegi heheee

Humaira pun gud girl je..

p!nkerton said...

sama la mcm athirah- 1st thing masuk bilik hotel mesti main telefon dulu :p so awal2 kena cabut wayar, kang tak pasal2 kena marah dgn org hotel hehe..

Unknown said...

best gak cuti2 kat sane ek nieda.. must go ni!

aha.. humairah pun suka main talifon gak ek??

Elly Emmy said...

seronok nyer dpt jln2 kat pantai.. pemandangan pun cantik.. dan yg paling bes nyer bila anak2 tak buat akal.. baru rasa enjoy..

OneSue said...

alahai..best nyer..wan tak sempat nak commen..anak wan tak sihat kan...emm best nyer kak jalan2

yatie chomeyl said...

taman tamadun Islam tu mmg best kan jalan2

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails