My sweet story...

My sweet story...

Monday, May 24, 2010

Sago gula melaka

Semalam mummy buat dessert sago gula melaka. Tak pernah makan pun sebelum ni. Masa pergi bercuti di Cherating mummy order sago gula melaka. Sedap tapi biasalah bila mkn dekat hotel semuanya jadi mahal. 8 hinnggit. Balik rumah terus search internet resepi sago gula melaka, senang aje rupanya..Humaira suka betul mkn sago..

Siap i letak daun pandan lagi kt sago..hehe nk sama mcm kt hotel..


Humaira boleh habiskan semua tu..



Ini resepi sago gula melaka copy paste dari internet..

200g biji sago
200g gula melaka
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih.
Setelah siap diangkat.. dan cuci sehingga hilang kanjinya.
Masukkan sago kedalam acuan yang diingini.

Santan pekat dimasak dengan sehelai daun pandan bersama sedikit garam.
Gula melaka di masak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.
Untuk menghidangkan, sago yang telah sejuk di letakkan kedalam mangkuk2 dessert dan dituangkan santan sejuk ketasnya.. diikuti dengan sirap gula melaka. (sedap mkn sejuk2)


Lepas mkn manis2, haruslah gosok gigi. Marah kalau mummy gosokkan gigi dia, semua nak buat sendiri. Abaikan pemandangan kt blkg tu, Humaira yg kemas. Telefon pun dah jadi milik dia.

8 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

ohooooooooo humaira suke mkn sago gula melaka yeak....ye laa bende lembut pastu manis2 budak mmg suke punye heheeheheh....

ezan said...

nampak sedap la.. tp ezan pun xpernah try lagi ni.. kena try.. :)

wan sujaihah said...

eh tak pernah dgr kan..sago gula..manis sgt tak kak..nampak sedap jer...atang daun pandan tu yang nampak cute je

mamalieyna said...

nieda...sedap ooooo sagu ni kan..eina sllu dpt mkn ni kt opis..kalo ada jamuan je, mesti mak cik kt opis ni buat! sedap la sangat! tp tak pernh buat lagi..cam senang jer.. ^_^

Huda said...

alamak! huda x penah lg try buat ni..leh cuba..mak huda klu huda request dia watkan la :)

chugie said...

wah.. memang sedap pun sago gula melaka ni nieda. saya pun suka makan.. tp sy x reti nak buat.. ni dh de resipi, bleh lah sy cuba..

-hb main paintball sabtu je, ahad die x main sbb team die kalah..ahad tu kami dtg tengok final je. Die main kat tpt tu lah nieda, berdepan dengan amcorp mall tu. HB nieda pun join ke?

~ana~ said...

erm..nmpak sedap...suka mkn tp x pernah pun ada inisiatif utk buat sendiri..:)

nieda said...

lieya latif: haah semua budak suka benda manis..mak budak pun sama..haha

ezan: cubalah berbaloi..

wan sujaihah: kita boleh control kemanisana dia..jgn letak byk sgt gula melaka dlm sago tu..

mamalieyna: wah lagi best, setiap kali jamuan ada sago gula melaka..

Huda: emak mesti sanggup masakan apa saja kesukaan anak dia..hehe..nanti husna dh besar sure dia suh ummi dia buat plak..

chungie: nieda dgn hubby p tgk je org main paintball.lepak dlm keta.hubby sebenarnya nk p amcorp mall, singgah skjp tgk org main paintball

ana: pasni boleh buat..hehe

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails