My sweet story...

My sweet story...

Friday, May 7, 2010

Selamat hari ibu

Tahun lepas Hari ibu jatuh 10 Mei 2009 masa mummy melahirkan Humaira. This year hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010. Mummy search internet berkaitan tarikh hari ibu. Baru mummy tahu hari ibu bukanlah fixed date. Kita akan sambut hari ibu pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Sempena sambutan hari Ibu, saya nak ucapkan selamat Hari Ibu kepada emak saya, Hjh Zaharah dan emak mertua saya, Hjh Sapurah. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang diberikan selama ini. Tidak terbalas jasa emak saya sampai bila2 pun. Doa anak2 tidak pernah putus agar emak sentiasa bahagia dan gembira selalu. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Selalu saya ingatkan diri sendiri, kalau kita tidak mampu membahagiakan mereka, sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan mereka.

Saya dapat email ini dari rakan-rakan. Bergenang air mata ketika membaca email tersebut. Saya copy paste email itu di blog ini sebagai pengajaran dan peringatan buat diri sendiri. Semoga bait-bait perkataan tersebut memberi keinsafan dalam diri kita semua. Ibu banyak berkorban untuk kita, hargailah jasa, pengorbanan dan keikhlasan kasih seorang insan yang bergelar IBU. Walau apapun gelarannya, emak, mummy, ibu, bonda, ummi tetap membawa maksud yang SAMA.

Yang mengandungkan aku… mak
Yang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… mak
Sekolah pertama aku… mak

Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak

Seterusnya
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan…. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku…. mak
Yang selalu puji aku….. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri……
Bila seronok, aku cari…. pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. mak

Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….

MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT….

Ketika mak masih ada….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?

dan akhir sekali bila mak dijemput pergi
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?

Peristiwa: Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Sahaja)

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu – PERCUMA

Air mata si anak berlinang dan tidak dapat dibendung lagi setelah selesai membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya tadi.


Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu.Semoga kehidupan ibu-ibu di muka bumi ini mendapat berkat dan keredhaan Allah apabila dipanggil mengadapNYA suatu hari nanti. Hargailah ibu ketika mereka masih ada, dan doakan ibu yang telah tiada. Semoga ibu masuk syurga. Amin..

Emak saya ketika majlis persandingan kami...



Emak dan abah (Langsung x clear gambar ni)



Yang serba oren itulah emak saya



Romantik emak dan ayah mertua saya



Loving couple sehingga kini..

16 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

ooo nieda bagitau ni baru laa lieya tau...patutlaaa tiap2 tahun takde specific date hari ibu ni, tapi lieya ingat akan sambut ari ahad...

selamat hari ibu nieda...semoga terus kuat dan tabah membawa gelaran ibu yg terbaik pada anak2 ...amin

OneSue said...

selamat hari ibu kak...hr ni mesti banyak n3 hari ibu :)

alinalan said...

Selamat Hari Ibu Nieda...

Unknown said...

slmt hari ibu :) sedih bace emel tu..

mamaarifakeemaisy said...

dua n3 pasal hari Ibu..2 kali bergenang air mata..rasa nak nangis skrg..huhu..

*selamat Hari Ibu buat nieda jugE!

Softtouch [Hanim] said...

selamat hari ibu nieda...bangga kan jd ibu..rase kita ni sangat bernilai bila jd ibu..

Mag said...

nieda, ur mom nampak muda trang tang tang lagi

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah panjangnyer entry...terharu bangat..selamat hari ibu juga untuk nieda..semoga menjadi ibu yang terbaik didunia k

yatie chomeyl said...

muka nieda sama mcm muka mak nieda

~ana~ said...

selamat hari ibu nieda..:)

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

happy mother's day nieda..

Wina Momma S and S said...

Happy Mothers Day, Nieda & thx sudi singgah ke blog Wina :-)

Ealyie said...

happy mothers day nieda..:D

Unknown said...

Selamat hari ibu untuk nieda juga..

Semoga kita sama2 dapat jadi ibu yang berjaya dalam mendidik anak ye..

cedih lah bila teringat tentang ibu ni.. huhuu..

BabyIntan said...

Intan pon pernah baca gak citer tu...mmg tepat apa yg di citerkan...sedih kan but it's TRUE!

Happy Mother's Day to u dear!

ezan said...

tersentuhnya baca email tu... rasa nak nagis!!!

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails