My sweet story...

My sweet story...

Monday, May 10, 2010

Happy Birthday Humaira

Humaira memang special buat mummy dan daddy. Terima kasih sayang kerana menjadi permata hati mummy dan daddy untuk setahun ini. Mummy rasa baru sangat mummy buat karangan panjang detik kelahiran Humaira di SINI, dah setahun dah dia. Mummy akan besarkan Humaira dgn cara mummy sendiri. Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak.

Mummy tidak percaya pada konsep anak kecil perlu ada bilik sendiri. Biarlah apabila masa yang sesuai baru dipisahkan. Balik saja dari hospital, Humaira tidur sekatil dgn mummy dan daddy. No swing2 (buaian) yer sayang. Sebab itu dia manja sangat dengan kami. Everything dalam hidup dia mesti ada mummy dan daddy. Mummy teringat kata-kata seorang sahabat, biarkan dia nak bermanja, esok-esok bila dia dapat kaki tak terkejar nanti. Ya betul tu, setiap hari ada saja perkembangan baru Humaira, sekarang ni kalau mummy nak dakap humaira mcm baby dulu jangan haraplah, taknaknya dia. Masa tidak boleh diputar balik, tempuhinya saja dengan gembira.

Alhamdulillah, she still breastfeed. . Misi mummy untuk menyusukan Humaira baru setahun. Ada setahun lagi untuk menjayakan misi penyusuan. Tiada susu gantian lain, inilah bonding paling kuat antara mummy dengan Humaira. Moga ada rezeki Humaira sehingga dua tahun nak.

Food for love. Seboleh mungkin mummy akan masak sendiri makanan Humaira. Makanan kita masak sendiri lagi healthy dan berkhasiat. Kadang2 bagi juga makan fast food kalau pergi outing cuma mummy akan pastikan air tangan mummy yang paling utama untuk Humaira. (Sebab masakan air tangan emak sayalah, kami 5 beradik tak pernah lupa walau kemana kami pergi, sebab saya pernah dengar statement dari mereka sendiri, nak balik ni, teringat masakan emak)

No pacifier (puting), sejak Humaira lahir tak pernah hisap puting. Bila bagi dia sendiri yang reject. Maybe dalam hati dia “apalah mummy ni, tak mainlah puting ni, Humaira dah ada yang original, breast mummy. Ya, masa baby, dia suka melekap sehingga 3-4 jam, sakit pinggang jangan cakaplah, tapi mummy tetap happy tengok Humaira membesar dengan sihat. Yelah, apalah yang baby tahu selain tidur dan ‘menyoyot’.

Sempena hari ulangtahun kelahiran Humaira, mummy ucapkan selamat hari lahir. Doa mummy tak pernah putus mengiringi setiap denyutan nadimu sayang, agar Humaira berjaya di dunia dan akhirat. Mummy akan berusaha memberi yang terbaik untuk kehidupan Humaira walaupun mummy tahu mendidik anak bukan kerja mudah. Yang penting mummy berusaha selagi termampu, selebihnya kita berserah dan tawakal.Ya Allah, hambamu berserah.


Coretan ini mummy tujukan khas buat Humaira...

Buat anakanda Humaira..
Andai suatu hari nanti, Humaira terbaca coretan mummy ni, mummy nak Humaira tau betapa mummy sangat sayang pada Humaira, Anugerah Terindah dari Allah. Hadirnya Humaira menjadi sumber kegembiraan dan inspirasi buat mummy dan daddy. Anakku, berjanjilah dengan mummy dan daddy untuk terus berusaha sehingga berjaya dalam apa jua bidang pun kelak, sampai bila2, walau di mana pun.

Sayang,
Mummy tidak punya harta dan wang ringgit yang melimpah ruah untuk diberi pada Humaira…Mummy hanya mampu hadiahkan susu ibu buat Humaira. Ketahuilah Humaira, mummy halalkan setiap titisan susu ibu yang mengalir dalam badan Humaira sehingga titsan terakhir.

Salam sayang dari mummy dan daddy


Baru balik hospital..


Anak dara lepas mandi, umur 44 hari


Si bam bam 4 bulan


Usia 11 bulan, macam2 skill ada



Birthday girl..Love u so much



Untuk entry ini, mummy auto publish. Sengaja set kan tarikh sempena birthday Humaira. Kami dalam perjalanan cuti-cuti Malaysia.

22 comments:

Jasfyra said...

happy birthday humaira..

Wina Momma S and S said...

awwwww so aweet la Mummy Humaira..tersentuh hati Wina baca...

Happy 1st Birthday Humaira!

mamaarifakeemaisy said...

Happy 1st birthday humaira sayang!! ingat tu pesanan mummy! ^_^

*pesanan auntiem jgn nakal2..hehe..moga menjadi anak yang solehah dan kebanggaan mummy n daddy ye..muaaah sket! ^_^

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

happy birthday humaira...makin besaq makin tomey...semoga menjadi anak yang mentaati kedua ibu bapa k...AMIN

ezan said...

happy 1st birthday humaira... muahxs...

Softtouch [Hanim] said...

hepy bithday humaira...

~ana~ said...

happy birthday humaira..moga menjadi anak yg solehah...ingat pesanan mummy tu yea...

p!nkerton said...

happy birthday humaira! semoga jadi anak yg solehah ;)

☆ lieya latif ☆ said...

HEPI BESDEI SAYANG HUMAIRA....semoga menjadi anak yg bijak, solehah, sihat dan taat pada ibu bapa...amin...

kejap jek kan nieda....dah setahun...

Mag said...

dah setahun ke humaira..happy bday sayang~

yatie chomeyl said...

bila humaira dah pandai membaca nanti, di amesi trharu bila baca coretan u ni nieda :D

maszmadi said...

hepi besday humairah... smoga comel slalu..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy 1st B'day Humairah...moga membesar dgn sihat & menjadi anak yg solehah...

So sweet lah ucapan dr mummy tu..terharu lily baca.. :)

Momma Qiestina said...

happy bufday maira syggg :))

haih sekejap je maira dah 1 yr old kan..

tacing oke entry ni..

Mama Farris said...

heppy besday..

Ibu Ayra said...

hepi birthday humaira...

nieda: ros dah letak resipi puding tu kat blog...cubalah...

alinalan said...

Heppie Bufday lil Humaira & Heppie 1 year BF Nieda... Well done dear!!

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

Happy Birthday Humaira... you are so cute..

Unknown said...

Yeay!! happy birthday humairah..
sorry ye, untie lambat wish lah.. internet down! huhuhu..

syahdunye baca surat mummy awak tu..

Semoga humairah membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang ye..

Unknown said...

waa..hepi belated bzday humaira!

Fiza Hasan said...

hepi bdey humaira..

eB ezrin said...

slm,
eb nk mtk emel add boleh?... eb nk invite msk blog sbb terpaksa privatisekan... sori yer sshkan... tq..
abbyal_bakri@yahoo.com

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails