My sweet story...

My sweet story...

Monday, October 31, 2011

Colmar tropicale Bukit Tinggi

Ada yang tanya bayaran masuk untuk ke sini. Bayaran masuk ke sini adalah RM12 setiap seorang tetapi kalau menginap di hotel boleh refund nanti bila kita check in. Cuaca di sini agak nyaman namun tidak sesejuk Cameron ataupun Genting Highland.

Kalau terasa nak short holiday saya rekomen ke sini, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Gombak melalui Karak Highway. Colmar Tropicale terkenal dengan bangunan dan suasana seperti di Eropah. Rekaan bentuk bangunannya bercirikan negara Perancis. Terdapat deretan restoren dan cafe yang hampir kesemuanya menjual makanan ala western. Harga agak mahal, kalau rasa tidak mampu better bawa makanan sendiri. Saya bawa maggi dan sedikit biskut. Sampai saja di hotel, hubby dah ajak makan croissant, barulah rasa ala-ala di Perancis, katanya.hehe teruk betul. Croissant sangat popular di Perancis, hubby kata kalau di Perancis merata2 orang jual croissant. Harga sebiji croissant dalam rm5. Malam tu makan pizza pula, yang kecil je harga RM29. Berpinar sekejap. Hihi

View dari bilik hotel penginapan . Hijau pemandangan


Deretan hotel. Saya menginap di BLOK AZALEA


Deretan kedai yang ada di sini, bahagian atas bilik penginapan. Kalau perasan setiap tingkap ada pokok bunga


Humaira nak naik kuda ni..pengsannn mummy


Petang tu kami hanya berjalan2 di sekitar hotel. Tak banyak aktiviti boleh buat, sepanjang petang tu hujan.

Tempat orang baling duit


Berangan ala-ala di Perancis


Malam pula kami tengak persembahan dari kumpulan Moldavia. Sangat enjoy performance mereka. Setiap hari akan ada persembahan di sini.






View waktu malam


to be continue...

3 comments:

Jasfyra said...

cantik2 gambar..haah kan kalo p short vacation mmg sesuai sgt

anie said...

macam best je....
teringgin la nak gie..

wan sujaihah said...

laaa akak pegi bila?saya pegi bukit tinggi ni sabtu lepas...kalau harai sama..leh jumpa:)...tapi saya balik hari je

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails