My sweet story...

My sweet story...

Monday, October 24, 2011

Aktiviti hujung minggu lepas

Hari Sabtu pagi2 dah bersiap2 nak pergi Pasar Borong Selangor. Saja nak beli keperluan barang dapur dan nak tahu harga dekat pasar borong. Mak aii ramainya orang walaupun masa datang tu hampir pukul 11 pagi. Kebanyakannya orang Putrajaya, maklumlah orang gomen baru dapat gaji. Pasar Borong Selangor ni dibuka 24 jam, cuma petang ikan dah tak fresh.

Bila survey harga memang murah compare dengan pasar biasa. Saya selalu beli barang basah di Pasar Seksyen 6 Shah Alam. Harga ayam 1kg RM6.50, terus rempat 2 ekor. Stok 2-3 minggu boleh tahan.

Muka Humaira kelat sikit. Tak habis2 bising usuk (busuk). Pasar mana ada bau wangi cik adik oii..Daddy bantai letak perfume dekat hidung Humaira, tahanlah dalam 10 minit lepastu mulalah buat nak muntah. Gerammm, macamlah awak tu wangi sangat. Sudahnya mummy beli barang sorang2, daddy dgn Humaira tunggu dalam kereta


Penuh bonet kereta hasil rembatan hari tu dalam rm100 lebih shopping barang dapur. Takpelah boleh tahan 2 minggu. Takde alasan lepas ni malas masak. Peti ais pun padat dengan barang2 basah. Balik rumah melayan kehendak nafsu makan 2 pengarang jantung. Si daddynya nak makan ikan salmon, Humaira pula nak ayam goreng. Pengaruh cerita Upin Ipin lah ni.

Salmon steak bersama sos putih. Saya tak curah sos putih atas ikan, bimbang tak menepati selera daddy. Lagipun saya tak tahu apa rasa sos putih ni. Resepi saya ambil DI SINI. Mesti nak derhaka juga dekat resepi, minta ampun ya tuan punya resepi. Dekat rumah tak ada susu segar so saya ganti dengan susu cair. Daddy kata sedap giler sos tu, PERFECT...hehe bangga makkkkkk


Ini pula ayam goreng Humaira, semestinya kena ada drumstick. Goreng dengan tepung, memang favorite Humaira ni


Tekak saya pula makan kerang rebus dengan sambal kicap. Dah lama tak makan kerang. Pernah dulu makan sampai sakit perut terus tobat takmo makan. Haha tetiba dekat pasar ternampak kerang 1kg RM2 terus sambar.


Hari Ahad pula haruslah merajinkan diri juga memasak. Dah lama tak masak laksa. Dari tengahari sampai malam melantak laksa ajelah. Kuah tu saya guna ikan sardin + kembung + tenggiri..Memang sedappp

8 comments:

lieyalatif said...

fuh...meleleh tgk laksa tu nieda....penoh ngan isi ikan hah...mesti sedap tu....

ct rahani said...

semua sedap2.. ikan salmon tu paling sedap.. hehe..

amboih humaira.. x leh ajak gi pasar borong la camnih.. kalau gi supermarket mesti dia suka kan.. pe2 pun humaira tetap comel.. hiks..

anie said...

wah rajinnye... bagus..bagus...

bukan main lagi si kecik xtahan bau bucuk ye...hihihi

amiey lee said...

nak laksa....sedapppp nye kak nida

~ana~ said...

ramai sungguh tgk blogger dok tayang mkn ikan salmon homemade skrg ni..:)

nak try jugak la nnti...

:: Mrs.Eady :: said...

ayam goreng!!!

Softtouch [Hanim] said...

murahlah..sini kat pasar malam ayam sekilo 7.50...

rajinnya nieda masak...brg ada, mmg semangat nk masak...

ska said...

nida.. pasar borong selangor tu dkt sgt dgn rumah ety. kitaorg mmg beli brg basah dkt sana pon. lenkali dtg sini, singgah umah ek.. :)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails