My sweet story...

My sweet story...

Friday, February 18, 2011

Review unifi

Saya mulakan dengan proses urusan memohon talian Unifi. Husband saya membuat permohonan di TM Shah Alam, tidak menggunakan sebarang ejen ataupun tidak ke mana-mana TM Point, sebaliknya terus TM Shah Alam. Kenapa saya berbuat demikian? Kerana teringat pengalaman memohon talian Streamyx pada tahun 2007 di salah sebuah kedai TM Point dimana akhirnya permohonan Streamyx kami dilontar seperti bola ke sana dan ke sini. Dalam erti kata lain, kalau direct terus ke TM Shah Alam proses lagi cepat.

Di TM Shah Alam seksyen 11, selain dari mengisi borang permohonan Unifi, saya juga mengisi borang permohonan memotong talian Streamyx dan talian telefon. Borang permohonan pemotongan saya serahkan kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pemotongan sementera borang Unifi saya serahkan di kaunter Unifi TM Shah Alam. Ini kisah hari Selasa.

Kakitangan TM mengatakan bahawa beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa kerana permohonan Unifi terlalu banyak. Saya anggarkan dalam masa sebulan barulah mereka akan memasang Unifi saya, paling cepat pun dua minggu dan saya juga menjangkakan pemotongan Streamyx akan dibuat secepat mungkin, tapi tak apa sebab saya masih ada Maxis Wireless Broad Band. Owh sebelum ini bil streamyx atas nama saya, kali ni unifi atas nama husband saya. Walaupun dulu bil streamyx atas nama saya, yang membayarnya husband la. Kenapa tiba-tiba ramai orang mohon Unifi? Sebab sekarang ada promosi percuma yuran pemasangan (RM 200)

Itu kisah hari Selasa dan apabila saya pulang ke rumah, Streamyx masih boleh berfungsi jadi saya menggunakan Streamyx saya seperti biasa malah terasa semakin laju pula, cuma kalau tengok Youtube masih perlu tekan pause sehinggalah data telah hampir separuh streaming baru tekan play kembali.

Hari Jumaat panggilan telefon diterima mengatakan bahawa TM akan datang memasang Unifi pada Jumaat hadapan. Bermulalah episod kelam kabut mengemas bilik belakang untuk dijadikan tempat ber Unifi. Memang plan asal bilik belakang nak buat bilik study memandangkan husband saya tengah buat PHD, so biarlah dia ada tempat untuk belajar dengan selesa.

Hari Rabu dapat panggilan telefon dari TM. ‘Saya dari TM, nak tanya ada apply Unifi kan? Pemasangan hari Jumaat kan? Kalau kitorang nak cepatkan hari Khamis boleh tak? Kalau tak boleh tak apa, kita boleh ikut schedule asal’. Jawapannya, okey sahaja. Sebenarnya hari Rabu ni kami dah mula gunakan Maxis Wireless Broadband sebab Streamyx dan talian telefon sudah dipotong.

Khamis 2.30 petang. Dua pasukan yang turun, satu pasukan ada dua orang. Satu pasukan kontraktor luaran, dia yang akan pasang wayar fibre dari kotak hijau ke rumah. Satu lagi technician dalam, dia akan setup connection Unifi.

Pasukan Unifi ni datang sharp jam 2.30, sebenarnya saya dah kesan diorang berada di belakang rumah saya dari jam 2.15 lagi tapi agaknya SOP diorang ni akan muncul bagi salam tepat jam 2.30 petang.

Proses pemasangan wayar luar ke dalam rumah dalam 30 minit. Kemudian juruteknik dalam rumah akan mengemaskan lagi wayar tersebut secantik yang boleh dan seselamat yang boleh sambil setup unifi (masukkan username,password etc).

Kenapa wayar dalam rumah perlu selamat? Sebab takut ada anak kecik dan dia patahkan wayar tersebut menyebabkan fibre optic dalam tu akan turut terpatah, habislah connection Unifi. Terpaksalah panggil orang tu balik ganti, mahal wooo RM 200 sekali panggil. Percuma 15 meter wayar fibre optic.

Semua habis jam 3.30 petang dan bermulalah sesi tutorial yang sepatutnya memakan masa hampir sejam tetapi menjadi 20 minit sahaja kerana husband saya dah tahu tentang Unifi. Bak kata husband saya, benda baru dalam hidup dia pun hanya lah IPTV dan VoIP.

Jadi apa yang kita dapat? Selain internet connection menggunakan High Speed Broadband, kita juga dapat set telefon wireless percuma dimana talian telefon kita (nombor telefon pun dapat nombor baru) akan menggunakan line Unifi. Panggilan percuma ke semua nombor Fixed Line TM tanpa had masa. Tapi awas, ada nombor Fixed Line yang kita sangka menggunakan line TM tapi sebenarnya Maxis. Tak pasal-pasal kena bayar. Kalau kena bayar tak silap 13 sen seminit termasuk panggilan ke mobile phone.

Satu benda lagi yang kita dapat ialah satu alat untuk kita sambungkan ke TV kita, tak kisah samada TV biasa atau TV LCD dimana kita boleh tengok TV menggunakan Unifi, dipanggil IPTV. Kalau hujan lebat, ASTRO tak dapat siaran, boleh lah layan TV menggunakan Unifi. Siaran yang diberi tak lah sehebat ASTRO, tapi semua TY Free di Malaysia ni boleh ditonton. Ada juga channel interaktif dan juga boleh BELI movie dan siaran-siaran lain. Pengguna boleh juga melanggan channel berbayar, tambah je la duit dalam bayaran bulanan. Tapi ASTRO lagi syok.

Tahap kepuasan menggunakan Unifi? Tengok Youtube tak perlu kita tekan pause dulu nak tunggu data tu download, terus je tekan play dan layan macam TV. No more waiting. Buka blog terus muncul selepas mata berkelip (kalau sebelum mata berkelip tu kat Jepun boleh lah, tapi kadang-kadang sebelum mata berkelip juga). Saya ada buka satu website yang agak berat, dia diam kejap selama not more than five seconds and tiba-tiba sekelip mata semuanya terbentang di browser, kalau guna streamyx dia akan keluar sedikit demi sedikit.

Payment :- Rm 149, saya ambil ViP 5. Bulan pertama kena bayar RM 149 + RM 149 bayaran cagaran. Pemasangan RM 200 (dipecahkan kepada 4 bulan iaitu Rm 50 sebulan sehingga habis rm 200)) adalah percuma untuk mereka yang mendaftar dari 15 Jan 2011 hingga 15 Februari 2011. Sesiapa yang mendaftar selepas 15 Februari 2011 akan bayar RM 149 + RM 149 + RM 50 untuk first bill.

Sesiapa yang mendaftar secara online di Unifi.my pada 15 Jan 2011 – 15 Feb 2011 akan hanya membayar RM 149 + rm 50 kerana first month fee being waived. Kalau daftar secara online boleh pilih phone number lagi.

Maklumat promosi dan benda-benda Free ni please update di website TM dan Unifi sebab ianya boleh berubah samada menjadi lebih baik atau menjadi lebih tak baik.

Box dekat atas TV tu adalah IPTV. Sesiapa yang nak register unifi kena ada extension plug, rasanya 4 dan juga TV. Sengaja saya pasang TV kedua yang tidak ada connection dengan astro. Kalau hujan lebat tak dapat siaran astro bolehla layan TV kedua ini. hehe


Ini paling saya suka VOIP. Lepas ni memang selalu call kampung sebab free.


INFO...

Untuk makluman semua dalam BBC Knowledge Vol2 Issue 2 menyebut bahawa rumah kediaman yang mempunyai internet paling laju ialah di Karlstad. Sweden, kepunyaan Sigbritt Lothberg. Kelajuannya ialah 40GBps, Unifi pula paling rendah 5MBps dan paling laju 20 MBps. Anak Sigbritt ialah Peter Lothberg, seorang pakar internet dan IT. Peter memberikan ibunya yang berusia 75 tahun kelajuan internet 40GBps agar ibunya boleh download HD Movie dalam masa 2 SAAT sahaja. Sigbritt boleh melihat 1,500 HD Channel serentak. Cisco yang merupakan majikan Peter membiayai kos pemasangan internet ini Peter menggunakan satu teknik dimana 2 router yang berjarak 2000 KM antara satu sama lain berhubung tanpa menggunakan apa-apa intermediary transponder. Secara ringkasnya, tiada data loss berlaku. Ini kisah tahun 2007.

10 comments:

~ana~ said...

bc review nieda mcm best gile je pakai unifi nih..tp takut jugak awal2 ni yg ok. nnti bila dah ramai org pakai, jd lembap plak..anyway, thanks nieda atas review nih...

Izwa Kamaruddin said...

ku pun kene mcm tu mase mohon streamx tuh....nape ek?

rasp said...

terperincin tul sis bagi info..
thx...tapi sayang w'ouls lum leh amik unifi..
area coverage kat umah w'ouls lum ada...sedih kan...
sedangkan lorong depan umah w'ouls dah dpt...
ntah apa2 je kan...

normi said...

thks nieda atas info ni.. boleh buat panduan pada sesapa yg nak pakai unifi....

Farra Dhelina said...

penerangan yg padat!! rasa mcm nk pakai unifi lak.. tp so far sy pkai strmyx takde mslh..lg pun keperluan sy cukup guna strymx ni je..lain mcm hubby akk kn..mmg perlukan unifi..

εïзmmyHazaεïз said...

Wahhh dah pasang UNIFI... acik haza tengah tunggu line ade kat sini... Taman baru lambat sikit...

p.s cantik header baru,... comel cucunde Humaira... hehehehe

mamaarifakeemaisy said...

review sepenuhnya dr nieda..bagus la kongsi info, sure ramai jugak nak tau ni..

Softtouch [Hanim] said...

thanx nieda...suka cr nieda buat ayat...mcm lecturer..blaja dr en nizam yer...heeee..muza cukuplah pakia maxis bb ni...heeeee

NzA said...

nk pasang line pn makan masa kan.....

wahida said...

wow!! mcm best je kan pakai UNIFI ni...thanks nieda bg info!!

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails