My sweet story...

My sweet story...

Monday, January 25, 2010

Berhati-hati dalam penulisan blog

Baru-baru ini saya ada terbaca satu blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar. Walaupun dalam blog tersebut tidak mention secara detail nama almarhum tetapi semua blogger tahu entry tersebut menghina Almarhum Sultan Iskandar.

Walaupun pemilik blog tersebut sudah delete entry berkenaan dan meminta maaf secara terbuka dalam blognya, sebagai manusia yang beragama Islam tak sepatutnya menulis perkataan yang tidak sedap didengar. Kita sendiri pun tidak tahu apa kesudahannya riwayat hidup kita.

Malam tadi saya tengok berita dan sebanyak 25 laporan polis sudah dibuat oleh orang awam berhubung kes tersebut. Nampak gayanya dah menjadi kes polis. Orang zaman sekarang ni dah tak takut tulah macam zaman dulu-dulu.

Moral of the story, fikir dulu sebelum menulis. Bila dah jadi kes polis walaupun dah delete entry berkenaan, pastinya boleh trace back balik walaupun hard disk kita telah diformat.

7 comments:

Intan said...

Mmg betul tu nieda, apa pon yg kita tulis atau ckp kena berhati-hati.

Tak kira medan apa pon yg kita gunakan ;)

sujaihah said...

betul kak..saya ader terbaca juga...memang ayat2 tak sesuai betul didengar...

kita sepatutnyer sedekahkan alfatihah...

lin muhamad said...

betul tu..jgnla tulis sesedap hati je..

lin muhamad last post..#cameron highlands+lecture+checkup+toys+love-bite+ikea+hutang

mamalieyna said...

ada dgr berita mlm td, tp takde lak terbaca kisah ni..memang kan...bak kata orang, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya! so, sume beringat2 lah kan..

Softtouch [Hanim] said...

muza xtau plak dia tulis ape nieda..tp ape2 pun mmg xpatut dia hina almarhum tu...

Farah said...

alaa dah delete ke? baru nak bace huhu

hushuss said...

Nieda, teruk ka tulisan dia? Huspa tak sempat baca.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails