My sweet story...

My sweet story...

Sunday, January 31, 2010

Aktiviti hujung minggu

Jumaat
Petang Jumaat kami pergi wholesale baby di Kompleks 3K Subang Jaya. Misi utama nak beli walker untuk Humaira. Ya, saya tau penggunaan walker boleh membahayakan baby. Menurut Akademi Pediatrics Amerika (AAP) pernah menyuarakan untuk mengharamkan penggunaan baby walker yang dikatakan mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada anak2 dan tidak mendatangkan faedah kepada ibu bapa

Walaupun menyedari terdapat fakta yang tidak mengalakkan penggunaan baby walker, kami suami isteri sebulat suara untuk membeli walker atas beberapa faktor:
  • senang untuk mengawasi baby yang sekarang suka kutip bendasing dan masuk mulut
  • senang untuk saya membuat kerja rumah seperti memasak atau mengemas memandangkan Humaira kurang tidur semasa saya membuat kerja rumah
Atar faktor kelasakan Humaira, saya tetap menggunakan walker tetapi tidaklah kerap. Dan faktor walker itu sendiri memainkan peranan, so kami decide beli yang berat, mempunyai 8 roda dan ada button untuk stop kan roda. Apa pun doa saya moga dilindungi Allah. Amin..

Sebenarnya,10 minit jer kami pergi wholesale ini disebabkan tayar kereta pancit, suami decide untuk repair tayar tapi saya berkeras untuk terjah juga. Memang rambang mata dibuatnya sales ni tapi sebab kami kena cepat sebelum tayar betul2 bocor..hehe. so husband janji nak bawa kami keesokkan harinya...

Sales from baby loves


Antara brg yang sempat snap





Humaira yang eksited dapat baby walker





Sabtu..
Pukul 12 kami nak terjah wholesale tapi punyalah ramai umat manusia, parking full, kebetulan Humaira pun tengah tidur, so balik dengan tangan kosong. Pasti husband saya suka, sekurang-kurangnya selamat duit dia.hehe..

Dalam 3.30 ptg kami pergi kenduri di Bangi. Tak ada gambar pun sebab Humaira in bad mood. Semua orang nak dukung dia, tapi Humaira jual mahal. Mungkin baru bangun tidur masa tu, so dengan mummy pun tak ada mood nak bergambar.

Ahad..
Dalam pukul 8.00 pagi kami dah keluar nak pergi Pasar Tani Mega Sek 13, ramainya umat manusia. Parking sebesar alam dekat stadium tu semuanya full. Next week lepas Subuh kami nak pergi. Hehe..

On the way masa nak sampai stadium ada eksiden. Kesian tengok ada orang tersepit dalam kereta. Terpaksa panggil bomba untuk selamatkan mangsa yang tersepit.

Eksiden 2 buah kereta..


Sebelum balik kami breakfast di Ani sup utara. Sedapnya pagi2 pekena sup...


Selamat berhujung minggu. Orang yang bekerja di KL pasti seronok esok masih bercuti sempena hari wilayah...

9 comments:

mamalieyna said...

waah sempat jugak terjah warehouse sale ye..tp balik tgn kosong..huhu..takpe la, kiranya tak rugi saya tak g..hehe..^_^

walker camtu kira safety sket, ok jer utk digunakan.. better than anak terbiar kt bwh gituw je kan..

yatie chomeyl said...

baby SN pun i letak dlm walker since dia 5 bln lg. sng sikit nk msk.lgpon lantai umah i xde yg beza tinggi, separasje jd possibility nk jatuh tu sgt kecil

hushuss said...

Nieda, huspa keja kat Selangor, tp dpt cuti Isnin jugak. Misti Nieda tak jeles kan w/pon niat nak bagi Nieda jeles sbb huspa lagi jeles dgn Nieda yg mmg sepenuh masa jaga Humaira kat umah. Bestnyaaaaaa...

Betoi, Huspa setuju, walker baby mmg tak digalakkan, tp klu tadak walker, susah kita nak buat kerja. Insyallah, masa buat kerja, letak Humaira dkt Nieda, pandang2 dia sambil buat kerja. Since Nieda dah beli walker berat, Insyallah, ok tu. Huspa pon beli walker berat utk Bobot. Tapi dia penah jatuh dr walker masa kat umah baby sitter sbb walker ringan. So, avoid beli walker ringan, mmg murah tp bahaya sgt2.

Selamat menjelajah rumah Humaira...hehee..

sujaihah said...

emmm risau kan bila banyak sgt fakta yang boleh membahaya kan anak kita...

wan cadangkan kak...wan dulu bt camni..wan ambik satu kerusi..ikat walker tu..so dai tak jln jauh2...pusing kerusi tu jer...


senang bt kejer biola ader walker

~ana~ said...

nieda, walker ni mmg x di galakkan pun..tiap kali bw ajmal g check up, paeds dia mesti tanya pakai walker ke x..n dia mmg x galakkan guna walker ni..tp last2 beli gak sbb ajmal masuk bawah meja makan, masuk bwh kati..lasak sgt..tp bilaa letak dia dlm walker ni, kitaorg ikat kat kerusi, so, dia x leh g jauh2...

lin muhamad said...

wa...warehouse sale..lama tak pegi..huhu

:: butterfly :: said...

nieda, nk ikutkan byk je brg2 baby yg bahaya.. xletak dia kat mane2 pun bahaye gak.. huhu papepun, tgk selalu ye..takot silap2 tgk dia dh ade kat luar hehehe ;)

☆ lieya latif ☆ said...

ohoooooooooo humaira dah nak naik walker ke...abis laa satu umah di jelajah..siap2 laa kaki kite kene lenyek hik hik hik....

mmg nieda, mcm2 citer pasal keselamatan anak2 nie...tak leh masuk buai laaa...dok walker lame2 laaaa....takpelaa, mane yg elok kite ikut......

Intan said...

Arissa pon pakai gak walker but the main rules is jgn letak lama sgt. Just nak bg dia berlatih berjalan dlm 5-10 minits will do. Kalo letak lama sgt, takut nanti dia malas nak berjalan sendiri coz dah biasa ada "helper".

Arissa wlupon pakai walker cepat gak dia jalan dlm umur 11 bulan dah leh jalan ngan jayanya :D

Semoga humaira cepat dapat kaki ye sayang!

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails