My sweet story...

My sweet story...

Friday, July 22, 2011

Resepi karipap gajah

Projek membuat karipap besar baru-baru ni. Actually saya pun baru tau ada jenis karipap gedang macam ni masa beli barang di My Mydin Bukit Jelutong. Trylah beli nak rasa, memang sedap tapi mahal, seketul RM2.

Kali kedua beli karipap gedang ni, dorang tengah masak. Gigih saya perhatikan mereka buat. Ada hati nak try buat kat rumah. Balik rumah terus search kt internet resepi karipap ni. Owh... orang panggil karipap gajah.

Dua hari lepas try buat untuk minum petang. Bahan untuk doh(boleh menghasilkan 6 ketul karipap)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1/2 cawan air dicampur dengan sedikit garam

Mula2 satukan tepung dan marjerin sehingga sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Air tu sebenarnya saya main agak2 je. Hehe. Lepas tu balut doh dengan wrapping ataupun tuala basah dalam 20 minit.

Disebabkan terlebih rajin saya buat karipap ni inti daging kisar brand Ramly. Selalunya orang buat karipap gajah inti telur. Saya tumis bawang putih, bawang merah dan campur dengan daging kisar. Letak serbuk kari sedikit dan garam.

Canai doh sehingga nipis dan sebesar mangkuk pinggan


Bahan untuk inti 2 biji telur dicampur dengan daging. Kemudian saya letak daun sup dan bawang. Inti karipap ni akan rasa seperti murtabak. Untuk inti ni boleh dapat 3 ketul karipap


Letak inti ditengah-tengah


Lepas tu kelim. Dari dulu saya memang fail bab kelim karipap. Belasah je. Kalau malas, gores je dengan garpu. Dah kelim terus masak guna api perlahan, guna telur kan takut nanti kulit karipap tu bocor kalau tunggu lama2 baru nak goreng.
.

Taraaa...dah siap

10 comments:

~ana~ said...

wah....boleh berniaga dah nih..:)

:: Mrs.Eady :: said...

ini besar godang! :)

SYANI said...

Pernah jugak buat karipap gajah ni tapi inti sayur. Macam inti popia tu pastu cicah makan dengan sos cili.. Sedap!!!

LiLy @ MumMyQiStInA said...

nnt blh cuba ni..
samalah ngan lily ni reti kelim tu..dr dulu cuba x juga pandai2.. huhu..

zaidah said...

dah siap tu bleh hantar kat zai yer...

adarnadzmie said...

terror nida mat karipap gajah... akak nk try jugak la... cilok resepi bole???... hehe..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

nieda tak kan satu jerrr..mana cukup. Jom joint kursus kat kolej komuniti Shah Alam.

εïз mummyHaza εïз said...

wahhh pandai nieda buat karipap.. acik haza x pernah buat, teruk kan,,, :)

Softtouch [Hanim] said...

mmc tu plak yer inti dia...mcm lembab2 gitu..takut plak bocor...thanx 4 sharing..muza suka karipap...leh cube

Huda said...

huda x reti buat karipap.tp nak tryla nnti.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails