My sweet story...

My sweet story...

Monday, February 22, 2010

Majlis Aqiqah

14 Feb lepas, Alhamdulillah majlis Aqiqah Humaira telah diadakan. Bersyukur kerana salah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa Humaira telah terlaksana.

Majlis bermula sekitar pukul 12 tengahari. Bermula dengan bacaan yasin, tahlil, berzanji dan marhaban. Tetamu ramai yang datang lebih kurang dalam 300 lebih. Menu pada hari tersebut ialah nasi berani dan nasi putih, masak kuzi kambing, kari daging, ayam masak merah, dalca, acar buah, acar timun, ulam, ikan kering dan sambal belacan. Kuih dan dessert adalah, karipap, kuah koci, buah oren, nangka, tapai dan bubur kacang. Semuanya emak mertua saya masak sendiri.

Setiap tetamu akan dapat buat tangan dalam bentuk paper bag (saya rasa mmg adat org Johor, sebab dekat belah saya tak ada benda2 mcm ni). Dalam paper bag tu ada telur pindang, wajik dan bahulu. Bahulu emak mertua saya beli, yang lain buat sendiri. Tak ada gambar menu makanan sebab masa tu masing2 sibuk.

Terima kasih kepada emak dan ayah mertua saya kerana bertungkus lumus untuk membuat persiapan majlis aqiqah Humaira.

Antara tetamu wanita yang hadir...


Antara tetamu lelaki yang hadir...


Ayah tengah berkata sesuatu..


Saudara mara belah husband, pakde Amran Kasimin, Kak Nani dan Makde


Tetamu mengambil makanan


Yang diraikan, Humaira


My family...




Budak ini dah start mengamuk bila semua orang nak pegang dia, eksyen betul Humaira ni...


Family kecil kami...

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah Majlis dah pun selesai dgn jayanya..Arif lum lg, tunggu raya qurban la kot..Insyaallah..

luas umah mertua, senang kenduri kendara kan..^_^..mmg johor sllu wat gitukan..siap ada cenderahati tuk tetamu, if kt kedah pun takde benda2 ni..

humaira maintain sweet..! ^_^

☆ lieya latif ☆ said...

ramainye tetamu nieda...meriah lieya tgk...alhamdulillah sume dah selesai ngan jayanye....

org yg dirai pun kemain lagi senyum hepi...mcm tau2 jek tu majlis die yeak heheeheheheh

hushuss said...

Alhamdullilah, dah buat akikah anak rasa lega kan nieda? huspa lepas buat buat bulan 5 thn lepas pon rasa lega sgt sbb dh tunai apa yang dihajatkan. ramai jugak tetamu, 300 org. penat tuuu...

semoga Humaira jadi anak yang menyejukkan hati mummy dan daddy.

Softtouch [Hanim] said...

Alhamdulillah selesai pun...mcm kenduri kawin..cucu sulung belah en nizam kan humaira tu?amboi humaira, eksyen yer xnak org..mentang2 mummy dia duk umah..xpelah nnti dah besar sikit mesti humaira nk org kan...

ezan said...

alhamdulillah dah selesai.. betul la sangat meriah....dulu masa sarah buat kecil2an je..untung humira :)

~ana~ said...

alhamdullilah..sudah selesai....meriah betul majlis aqiqah humaira ye....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails