My sweet story...

My sweet story...

Sunday, February 28, 2010

Al fatihah buat adik Syafiah Humairah

Berita yang membuatkan saya emosi, marah, geram, sedih semuanya bercampur. Apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang. Saya sangat emosi, benar-benar emosi bila membabitkan hal kanak-kanak.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa dan Adil, kejadian anak yang tidak berdosa ini membongkar kisah besar di sebalik perbuatan ibu adik ini. Bersekedudukan dengan lelaki B_ _ _ _ _ _ G. Padan muka. Geram betul Aku. Biarlah undang-undang yang menentukan nasib mereka.

Bila saya baca berita, banyak benda yang tak masuk akal. Macam ada sesuatu yang disorokkan. Mustahil ibu adik ini tidak tahu anak dia didera. Adik ini baru berusia 2 tahun lebih, semestinya banyak benda memerlukan penjagaan dari ibunya. MUSTAHIL ibu ini tidak tahu anak ini didera. Bab Atuk adik ini pun satu hal. Atuk ini sedar kesan lebam dekat adik Humairah. Malas lah nak ulas panjang-panjang, nanti lain pula isunya. Saya sangat-sangat percaya kalau orang ada ilmu (educated), benda mcm ni takkan berlaku.

Allah lebih sayangkan adik Syafiah Humairah. Berbahagialah dia DI SANA. Saya sangat sedih, nama adik ini pun sama dengan anak saya, HUMAIRA

AL fatihah untuk adik Syafiah Humairah..

5 comments:

Ena said...

Al-Fatihah buat arwah adik syafia humairah.

MEg manusia keji sgt dorg tu..

ezan said...

Ezan rasa sgt geram ngan pembunuh budak kecik ni tau.. xtau nak cakap camna lagi.. eeeeeeeeeeeee....


Al- Fatihah buat arwah adik syafiah..

AISYAH HANI said...

Al-Fatihah buat arwah. Semoga dia lebih tenang di sana daripada menanggung azab daripada manusia yang bertopengkan setan tu...

Ibu_Mysara Syauqeena said...

tu la mmg tak berhati perut btul jantan jenis ni...dah tk layak panggil mannusia kalo hati n perangai macam tu....yang family arwah tu pon tk amik tau ke perihal arwah?kesian n sgt2 tersentuh cara arwah pergi..apa2 pon semuanya dh terbongkar....
semoga arwah syafia tenang di sisiNya....Amin....

hushuss said...

tak paham betul org zaman skrg. tp tul kata nieda, org yg educated tak buat benda2 camni.

biar tak pandai belajar, jgn tak tahu hukum hakam agama.

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails