My sweet story...

My sweet story...

Saturday, February 27, 2010

Resepi buah melaka

Antara resepi kuih yang mula2 mummy belajar masa zaman anak dara dulu..senang, simple dan sedap. Masa makan tu, meletup dalam mulut terasa gula melaka pecah feel rasa..Zaman dulu kuih ni murah je, 3 ketul baru 20 sen, sekarang ni 3 ketul RM1.00. Mahalnya. Kalau dekat kampung mummy dulu, orang jual kuih ni dibungkus cantik dengan daun pisang. Aroma daun pisang membangkitkan selera.

Tak berbaloi kalau beli, lebih baik buat sendiri. Mula2 buat kuih ni comel jer, lama2 gedang (besar)..hehe.. Sebab si kenit Humaira ni pun nak tolong sekali. Mummy bagi dia tepung, semuanya nak masuk mulut. Dah besar nanti, rajin-rajin tolong mummy ke dapur yer.

Resepi sempoi dari mummy Humaira.

Bahan-bahan
:
  • Tepung pulut
  • Gula melaka dipotong dadu (ikut suka)
  • Kelapa parut putih (mummy kukus dulu takut sakit perut pula nanti mkn mentah)
  • Air
  • Pewarna hijau
  • Pati daun pandan (mummy guna perisa pandan shj)
Cara:
Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air. Jangan sampai lembik nanti tak boleh bentukkan doh jadi bulat


Ambil sedikit adunan tadi, letakkan gula melaka kat tengah.


Lepas tu, bulatkan. Buat bulat kecil-kecil comel, mummy buat gedang. Nak cepat siap, si kenit ni nak tolong.


Panaskan air dalam periuk, kemudian terjunkan, kasi dia mandi..hehe


Bila kuih ni dah masak, dia akan terapung. So yang terapung tu bolehla diangkat. (lebih kurang 3-5 mint kuih ni akan masak). Nampak tak mcm gambar dekat bawah, ada yang terapung, ada yang dekat bawah? Mummy guna kamera hp jer.


Bila dah masak, salut dengan kelapa parut. better lepas masak terus salut dengan kelapa sebab kuih ni senang melekat.


Taraa, dah siap..ada juga yang pecah ishk ishk


Last but not least, budak yang mengacau terpaksa duduk dalam walker. Tengoklah muka di tu, ada benda nak kacau mummy



Note: mummy bukanlah expert bab memasak, sekadar berkongsi resepi.

7 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

nieda...ni la kuih peberet lieya time bulan puase...mmg wajib kuih ni ade...ngan tepung pelita heheheehe....sedap!!!....

betul ckp ko nieda...dulu okey lagi harganye...sekrang mahal tul....huhuhu

~ana~ said...

nieda, kita pun suka kuih ni...best kan bila dia pecah dlm mulut tu...

mamalieyna said...

bestkan buat kui buah melaka ni, simple...sllu time bulan pose je ghajin buat, hari biasa tak pernah buat..hehe..

Softtouch [Hanim] said...

tp muza pernah jumpe 5 singgit tau kat sg buloh nie..mmg sedap kuih ni tp malas nk buat..he he he..senang jer yerk buat dia..thanx psl resepi...

Ibu Ayra said...

sangat suka buah melaka esp bulan puasa...wajib buat at least 1,2 kali sepnjg bulan ramadhan tu...

hushuss said...

terer la nieda. huspa klu mak tadak sekali, jgn harap la nak buat kuih2 gini. confirm tak jadi...hahaha..

pasni kena pi belajar kat nieda ni.

Anonymous said...

sdp n menyelerakan.my peberet. .nyum2

e
Related Posts with Thumbnails