My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 3, 2011

Roti jala

Last week punya minum petang, saya buat roti jala. Dah lama tak menjala roti. Hehe. Belek2 buku masakan minuman petang terbitan alaf 21 teringin nak cuba resepi roti jala. Sebelum ni selalu buat letak susu, kali ni tukar kepada santan.

Saya copy paste resepi untuk simpanan di kemudian hari.
Bahan-bahan
  • 150 gram tepung gandum
  • 2 biji telur gred A
  • 200ml air
  • 200ml santan - dari 1/2 biji kelapa (saya guna santan kotak 100ml santan dicampur dengan 100ml air)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit (saya guna pewarna kuning)
  • 1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
  1. Satukan tepung gandum, telur, serbuk kunyit, santan , air dan garam dalam mangkuk adunan. Tapis jika berketul-ketul. Adunan hendaklah sederhana cair. (saya masukkan semua dalam blender dan tapis...huhu senang kerja semua akan sebati)
  2. Gunakan kuali non stick. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan adunan dan pusing acuan biar adunan membentuk jala. Setelah garing, angkat dan dilipat empat. Buat proses yang sama hingga adunan habis.
  3. Hidangkan dengan kuah kari

Roti jala..


Inilah bukunya..

7 comments:

mamalieyna said...

cantiknya menjala...eina tak pernh try,,,hee~

:: Mrs.Eady :: said...

alahaiii daku tak pas lagi nih!

MrS. F!zA said...

nyum nyum..terliur tgk kak..sy bru sekali buat msa bulan pose haitu..hihi

~ana~ said...

ana x pernah plak buat roti jala guna santan or susu..pasnih boleh try resipi ni..

lieyalatif said...

nyum! nyum! mmg sedap...peberet lieya ni...tapi mesti kene ngna kari yg betul2 kaw....boleh bertambah2 mkn hah....

pandai nieda menjala....

** selamat hari raya aidiladha buat nieda sekeluarga....

ieda said...

sedapp nyeeeeeeeeeeeeeee
dah lama akak x makan tau dik
hurmmm kena buat nie ! :)

selamat hari raya aidiladha dik ...

Wan85 said...

http://wanwidget.com
last makan roti jala ialah sejak raya lepas

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails