My sweet story...

My sweet story...

Thursday, August 18, 2011

PTPTN: Sistem Ujrah

Buka email petang semalam dapat email dari PTPTN mengenai Ujrah.
Tuan / Puan, Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.

Mak aii hampir 15 muka surat nak kena baca dengan teliti dan sign. Untuk Diploma dan Degree hampir 30 muka surat. Bila baca timbul pula keraguan. Silap saya sebelum ni tak pernah ambik port mengenai bayaran balik PTPTN. Encik abang yang bayarkan tiap2 bulan. Lepas ni kena check balik baki bayaran PTPTN.

Bila teliti balik tawaran ujrah ni, macam ada muslihat disebaliknya. Tempoh bayaran balik dikurangkan dan secara tak langsung ansuran bulanan akan meningkat. Selepas ni sesiapa yang sudah bekerja memang tak boleh lari lah dari potongan gaji. PTPTN akan cari sampai lubang cacing.

Macamane pula yang tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi masih membuat bayaran balik tetapi jumlahnya kurang dari yang ditetapkan oleh PTPTN, sesuai tak ambil sistem ujrah ni? Komen sikit..korang terima tak sistem ujrah ni??

Bila saya cari info di internet rata2 tidak setuju cara pelaksanaan Sistem Ujrah, seperti DI SINI, SINI dan SINI. Kesimpulannya, bagi pelajar2 di luar sana, janganlah berhutang belajar kalau ada pilihan yang lebih baik.

11 comments:

Unknown said...

mujur sy dh lumsum kan pembayaran haitu..hihihih

~ana~ said...

ana dulu ms study ambik loan dr mara. alhamdulillah mara mmg x kena kan apa2 interest pun..siap ada pengurangan lagi..:)

Unknown said...

sy x pinjam ptptn..x tau nak komen camne..

Liz said...

saya tolak tawaran Ujrah tu setelah meneliti kesemua 15 muka surat tersebut. mmg betul jumlah pinjaman telah berkurangan (kerana kos pentadbiran) tetapi kos pentadbiran sebelum sistem ujrah akan diserapkan dlm jumlah pinjaman yang baru nie. dah mcm buat hutang baru pulak

lieyalatif said...

lieya tak dpt lagi pun nieda....coming soon kot....

adui ckp pasal ptptn...bile laa nak abis bayar....tiap2 bulan bayar 2ratus mcm tak luak je huhuhu

Fiza Hasan said...

baru nak tnya pendapat kwn2..ternampak nieda post kat blog..fiza pun ada dpt email..mcm mn yer?dah la xkeja..kdg byr..kdg tak..huhu

Unknown said...

Wah dah dpt email eh?untung lah..tk tau lah nk ckp pasal PTPTN ni..bayangkanlah kita byr RM100 pastu kos pentadbiran katakanlah RM30, so total kita byr RM70 je...adeehhhh
Teknik Baru Pemakaian Tudung

Unknown said...

Eh abah br check kt email..ada terima juga untuk diploma and degree..kaya pokcik ngan hutang.hahaha

Softtouch [Hanim] said...

muza dpt tp x de buat apa2 tindakan pun...jsut byr mcm biasa...xtau bila nk abis uatng tu..

nurbijen said...

ramai kawan akak yg amik sistem ujrah ni, tp x pasti sama ada depa dah baca betul2 ke tidak?

akak amik mara, so semua loan masa degree dah tukar jadi biasisiwa... mmg mara ni best even xdpt byk sgt masa belajar :)

Zaharah said...

Sy pnjm 7500 & bayo tiap bln 100..
tapi lepas ujrah ni die cume ptong 70 jerk gaji..

jadi selama setahun setengah yang saya dh bayar ade blance 200 lebih..

jd sebelum ujrah baki 61++ bile buat ujrah dah bayo lebih baki tinggl 59++

pd sy ujrah tu ok bagi yg bayar ekot mcm di tetapkan & lebih dari ape yg di tetapkan tu..

tp bg yg bayar sedikit mmg kalo amek ujrah agak sush sikit..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails