My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, August 3, 2011

Entry pertama Bulan Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Mood ke laut nak update blog masa bulan puasa ni.

Hari pertama puasa berjaya masak sendiri tanpa godaan nak pergi PARAM. Hari kedua hancusss..Husband ajak juga pergi. Tapi tahun ni memang nak berbelanja secara berhemah. Beli yang perlu sahaja. Kami beli roti john, kebab dan kuih muih. Habis kecuali roti john selamat ke dalam tong sampah. Tak sedap langsung...Teringat2 roti john kt kawasan perumahan saya, sepanjang saya hidup roti john tu TERBAIK. Harus beli petang ni. Fail lagi tidak menjejakkkan kaki ke PARAM. hadoiii...

Humaira pula hari pertama kami sahur si kenit tu tidur dgn lena. Berbuka sekali dengan dia, tapi sebelum azan magrib dia dak makan dulu. Huhu..Bila mummy kata esok Humaira kena puasa, boleh pula dia sebut haa..Hari kedua sibuk nak bersahur sekali konon nak puasa lah tu, pukul 10 pagi sibuk cari nenen. Dia nampak pelik bila tengok mummy dgn daddy tak makan waktu siang. Teringat pengalaman puasa tahun lepas, Humaira tak pandai jalan lagi. TAPI bila masuk je azan Magrib kelam kabut dia merangkak ke meja makan. Pagi tadi waktu sahur Humaira tidur dengan lena sekali, mana taknya malam tadi hampir pukul 1.00 pagi baru tidur. Oklah, selamat berpuasa semua, semoga kita mendapat rahmat.


3 dara pingitan menghiasi entry pertama mummy di bulan puasa ni.

7 comments:

Huda said...

huda masih berjaya x p pasar ramadhan :) hehehe..

~ana~ said...

nieda, buat la sendiri plak roti john...
ana kalau rajin buat jugak..tp guna roti keping gardenia tu je...kureng feel sikit tp bila daging bnyk plus buat sendiri..mmg puas hati..:)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya tak sempat nak masak hari2 g beli kat pasar ramadhan.

MamaYatie said...

huhu..saya memang kena gi param jugak this week...keletihan teramat plus anak tak brapa sihat, mlm tak leh tidur..

Farra Dhelina said...

slm ramdhan kak..ape menu hari ni? ;)

Softtouch [Hanim] said...

awalnya ajar humaira bpuasa....comel je humaira pun sahur sekali...selamat berpuasa nieda n family..

MrS. F!zA said...

dah msuk hari ke4 puasa..berjaya tk jejak kaki ke PARAM..hikhik

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails