My sweet story...

My sweet story...

Monday, August 22, 2011

Biskut raya ketiga..Almond London

Gigih acik nieda buat Almond London cuti weekend lepas. Cukuplah 3 jenis biskut raya dari air tanganku untuk raya tahun ni. Hari Sabtu bakar biskut almond, Ahad baru salut dengan coklat. Sakit pinggang nak buat biskut . Resepi biskut ni saya ambil dari my resepi. kredit to nizamadey

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.
Macam biasa...mesti nak derhaka dengan resepi. Saya tak letak telur dalam adunan biskut ni, lepas tu sukatan serbuk badam saya tambah jadi 100gram. Badam cincang untuk topping atas coklat pun takde, saya ganti dengan kacang tanah (tak plan nak buat biskut ni, bila tgk resepi banyak bahan ada kt dapur terus buat).

Sedikit tips untuk topping coklat, kalau nak sedap guna coklat compound ataupun coklat masakan jenama tulip. Coklat masakan jenis van houtan tidak membantu. Saya pernah buat dulu dengan emak saya guna coklat van houtan..Bila coklat tu dah cair, tak boleh nak mengeras..Memang tak cantik lor biskut almond london tu

Inilah hasil percubaan pertama Almond London. Ada yang terlebih garing..Ishk ishk tak senonoh betul acik nieda ni. Nasib la pasni salut dengan coklat. Comel sangat biskut ni, patutnya bentuk doh besar sikit


Taraa...inilah hasilnya.. Jemputlah wahai kawan2 sekalian alam datang beraya rumah i nanti. Roger i hokey..

6 comments:

Ena said...

peberet ena sekeluarga ni.. tiap tahun mesti ada..

Huda said...

nieda...nak sikit :)

mamalieyna said...

bestnyer pandai buat kueh sndri..kueh ni sure paling laris ni..hee~

lieyalatif said...

wah...menariksss!! salah satu kuih yg lieya suke.....syok dpt buat kuih sendiri kan nieda...puas rase...lieya ni pakkan jek ade si dayyan...takleh le nak dok dapur baking lame2...kang si kecik tu ok ek nak nenen heeheheh

Softtouch [Hanim] said...

bestnya nieda buat kuih sndiri....puas mkn n puas hati...muza tggu jelah darissa besar br senang nk duk lama2 kat dpaur tu..

Dee said...

alamak..sedapnya nampak..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails