My sweet story...

My sweet story...

Monday, August 8, 2011

Menu buka puasa

Antara menu yang sempat di masak minggu lepas. Ayam panggang, whipped potato, puding karamel. Ayam panggang tu husband kata dah rasa macam Kenny Rogers. Saya balas balik, sebab ikut resepi kt internet Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Resepinya kat SINI. Lepas tu saya buat homemade whipped potato. Guna 2 biji kentang saiz besar. Resepi saya ambil DI SINI.

Bulan puasa tahun lepas husband suka makan puding karamel. Saya tak makan pun puding ni. Boleh pula dia request masakkan puding karamel. Nasib lah ada internet, google je pastu boleh dapat resepi. Mula2 saya tengok kt youtube, lepastu cari resepi DI SINI. Tang air gula tu, kena improve lagi. Kalau ikut resepi untuk buat gula hangus guna 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air. Tapi saya rasa air kena lebihkan sedikit...Baru nampak cantik. Lepas je puding tu masak, saya yang tak menyabar ni, terus telangkupkan atas pinggan...Apa lagi benyek la.Grmmmm.. Patutnya kena sejukkan dalam fridge baru telangkupkan. Takpelah next time bole cuba lagi. Practice makes perfect!!


Inilah hasilnya ayam panggang ala Kenny Rogers bersama whipped potato. Potato tu tak habis, esoknya saya buat bergedil untuk juadah berbuka puasa.


Inilah rupa puding karamel saya. Walaupun tak cantik tapi husband kata sedap...sama macam kat Bazar Ramadan. Tak boleh makan selau B, kolestrol dan manyak manis.

5 comments:

Huda said...

uii..sedapnye nieda :) nak try gakla :)

:: Mrs.Eady :: said...

sedappp....:)

NzA said...

wah sedapnya.......tiba2 rasa terliur.

Dee said...

ingat nak buat caramel smlm..tak sempat pulak..tp dee lagi suka gula hangus tu pekat2..cair2 tak sedap..hehehe..

mamalieyna said...

rajinnya nieda mencuba resepi baru..eina masak weekend menu biasa2 je..hu~ kurang rajin nak search resepi ..hu~

nmpk sedap menu2 tu...^_^

selamat berpuasa~

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails