My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, January 31, 2012

Cuti CNY balik Ipoh

Balik Simpang Pulai kebetulan kakak saya ada buat doa selamat pada 23 Jan lepas. Pada tarikh yang sama juga genap 3 tahun pemergian Opah tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Humaira kalau balik Perak memang suka. Dapat jumpa sepupu dia, Khaira anak kakak saya dan Acu. 10 Feb ni genap setahun usia Khaira. Rasa kejap aje dah setahun si Khaira ni. Malangnya masa kenduri tu Khaira tak berapa sihat. Kena demam campak. Sian anak buah Mak Ngah ni. 

Kenduri kecil2 je sempena masuk rumah baru. Buat lepas solat Asar. Semua menu emak dan makcik saya yang masakkan. Ada juga kuih muih tetamu yang bagi. Ada bihun goreng, pulut kuning dan rendang ayam, popia goreng dan basah, bubur, serimuka dan banyak lagi.

Yang ini saya buat, talam marble.

Buat bacaan yassin sekali

Humaira dgn Acu, sibuk  je nak main

Cik adik manis Khaira sedap tidur. Tak sihat

Monday, January 30, 2012

Kek karamel pelangi

Fuhhh......lega bila kek karamel pelangi kali ini menjadi. Second time pernah buat kek karamel coklat moist di SINI.  Walaupun tak 100% perfect tapi i tetap puas hati. Part yang paling nervous masa nak terbalikkan kek tu, risau kalau karamel tidak menjadi. Pengalaman pertama buat kek ni dulu tahun lepas tak menjadi, karamel langsung tak masak. So bila terbalikkan kek tu, alamak habis basah kek tu kena simbah dengan karamel. Semuanya masuk cik tong, membazir aje. Walaupun saya tak makan kek ni, tapi terpanggil-panggil nak mencuba bila tengok satu persatu blogger tayang kek karamel. Bagi saya bila sesuatu benda yang kita buat tu menjadi, itulah kepuasannya. Makan atau tidak tolak tepi, takpe boleh sedekah pada jiran-jiran. Hehe. Yang paling best bila husband dan Humaira puji sedap. Patutnya kek ni kena sejukkan dulu dalam peti ais tapi Humaira tak menyabar. Terpaksalah potong sedikit untuk dia rasa. 

Memang pada mulanya tak confident nak buat takut sejarah lama berulang.hehehe.. Tapi bila tengok blog Kak Azlita Aziz terus teruja nak mencuba. Kak Ita siap tunjukkan step by step lagi dan penerangan dalam blog beliau sangat kemas dan mudah untuk difahami. Otai masakan ni pun kali ketujuh baru menjadi menghasilkan kek karamel yang sangat cantik, inikan orang amatur macam saya.. Walaupun agak rumit kaedah penyediaannya tapi bila kek tu menjadi terus hati berbunga riang. 

Tak perfect lagi, ada lagi air gula yang meresap atas kek. Jadi macam ni kes terlebih letak gula semasa buat gula hangus.

Taraaa...potongan tak berapa cantik sebab kek ni masih panas. Tak menyabar punya pasal.



Resepi:
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje (jangan sampai berbuih)
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Contohnya:  Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Saturday, January 28, 2012

Hari kiamat

Sekadar muhasabah diri...Di ambil dari blog Mea Myra. Tanda2 kiamat ini pun pernah saya baca dalam buku tulisan Muhammad Alexander iaitu Yakjuj & Makjuj dan Armagedon 2012, Bencana akhir zaman.


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA!

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat... ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Dari Abdullah bin 'Amir r.a.,
Rasulullah
s.a.w.bersabda:

Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat.
Wallahhu a'lam

Friday, January 27, 2012

Sepetang di Bagan Lalang

First time sampai Bagan Lalang. Dah lama sangat plan nak ke sana, Sabtu minggu lepas baru berjaya menjejaki kaki ke sana. Memang happening tempat ni, ditambah cuaca sangat baik. Angin laut sangat kuat, best tengok orang main layang2. Takdelah nak bagi Humaira mandi laut pun, nasib baik dia pun taknak, kotor katanya. Wakaka... selamat mak ko, jauh sangat bilik air. Humaira ni jenis penggeli sikit orangnya. 


Cinta hati mummy dan daddy. Baru bangun tidur ni. Rambut serabai kena tiup angin. Kuat tau angin time ni

Mulalah nak berdukung, geli dengan pasir laut

Ramai juga yang mandi manda    



Macam2 aktiviti ada, brother ni siap main gitar lagi.
 
Cik adik manis nak ke mana tu??

Dah sampai Bagan Lalang haruslah pekena seafood. Ramai blogger kata Restoren Senandung Malam sedap  seafoodnya. Moh ler kita ke sana. Kami sampai di Restoren ni dalam pukul 5.30 petang dah ada yang beratur ambil seafood. Pukul 6.30 petang penuh dah pengunjung, so kalau teringin nak makan kt sini kena datang awal atau pun buat tempahan awal2. Kalau nak terjah terus memang melilau lah nak cari meja kosong, kena tunggu turn orang habis makan.

Kiteorang order ikan siakap sweet sour, pari bakar,sotong goreng tepung, butter prawn dengan tomyam. Sedap cuma tomyam kurenggg. Air pula ambil air tembikai satu jug dan 3 pinggan nasi. Semua sekali RM85. Gambar makanan satu pu takde ambil. Takde mood, Humaira buat perangai. Budak cembeng ni ada yang nak kena ni!!!!!!!!!!
 Air kelapa..

Menangis dan menangis.. Mak ko dah HOT dah time ni

Rupa-rupanya menangis sebab kaki dia ada pasir. Hadoii itu pun nak nangis. Basuh kaki dekat sinki baru diam..Ishk ishk penggeli tahap kronik ni. 



Lepas habis makan, jalan2 tengok orang main layang2 tepi pantai. Dan juga nak ambil gambar sunset. Cantik sungguh ciptaan Allah
Cantik pemandangan waktu sunset


Matahari mula melabuhkan tirainya..



Thursday, January 26, 2012

Aktiviti membuat cheese tart

Sebelum Chinese New Year hari tu, buat projek cheese tart untuk bawa balik Ipoh. Kalau dah ada anak dara ni, rajin bebenor nak membantu walaupun mummy tak perlukan pertolongan Humaira pun. Resepi cheese tart saya pernah share dulu di SINI.

Untuk mengelakkan anak dara ni mengacau, asingkan sedikit adunan untuk dia buat main2. Kang dia buat  cheese tart ada yang tak lalu nak makan pulak. Huhu..Yang menariknya semua hasil kerja Humaira bila siap dibakar semua dia makan. Takdelah membazir. 

Moh ler layannn gambo anak dara sorang ni buat biskut. Tengah tekun buat biskut. Daddy ambil gambar buat dont know jer. Dengan harapan dah besar nanti rajin2 tolong mummy kat dapur yer.


Tengoklah aksi anak dara sorang ni, duduk bersimpuh ala2 perempuan melayu terakhir

Seriusnya...

Hasil kerja Humaira...sibuk nak ngap walaupun panas. Baru lepas bakar dalam oven

Hasilnya..cheese tart. Ada dua flavor, strawberry dan blueberry.

Thursday, January 19, 2012

Subang airport

Ahad lepas kami pergi Subang Airport hantar kenalan rapat daddy yang akan melapor diri jad polis di Kuala Terengganu. Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Sementara tunggu flight, macam biasa aktiviti makan2. Lama juga melepak di McDonalds. Layan Humaira tengok kapal bang (kapal terbang) katanya. Bukan nak makan pun, asyik tengok kapat terbang berlepas. Setiap kali berlepas becok mulutnya. Ada rezeki kita naik flight lagi yer.

tengah jakun lagi ni...

nak bagitau mummy ada kapal bang nak bang (terbang)




Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday: Anak dara

Hari tanpa banyak berkata2. Anak dara ke mana2 pergi mesti nak bawa baby. Dalam kereta kalau terlupa bawa baby, siaplah kena pusing balik rumah ambil baby sebelum mengamuk...



Monday, January 16, 2012

Hasil rembatan buku menggunakan Baucer buku 1 Malaysia

Minggu lepas shopping buku menggunakan baucer buku 1 Malaysia husband punya. Husband yang baik hati telah memberikan baucer tu kepada saya..Sangat suka.  Baucer buku ni semua pelajar universiti dapat dari diploma sehinggalah PHD sama ada full time atau part time student. Saya beli buku di MPH One Utama. Semua jenis buku boleh beli termasuk stationery kecuali majalah. Hasil rembatan hari tu dapatlah 7 jenis buku. 
 
Inilah baucer buku 1 Malaysia

Hasil rembatan buku

Saya baru je habis baca buku Yakjuj dan Makjuj: Bencana di sebalik gunung (2009) (buku ni merupakan best seller) dan Armagedon 2012, bencana akhir zaman. Kedua-dua buku ni ditulis oleh penulis yang sama iaitu Muhammad Alexander. Beliau adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. 

Secara jujurnya, banyak ilmu baru yang saya dapat melalui pembacaan buku Yakjuj dan Makjuj. Buku ini menceritakan dengan lebih mendalam lagi tentang isu2 yang sering menjadi persoalan seperti spesis Yakjuj & Makjuj, kediaman mereka, negara yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan muncul pada akhir zaman. Buku ini menggabungkan penyelidikan 3 buah kitab utama iaitu al Quran, Taurat dan Injil. 

Sekarang ni saya tengah membaca buku Armagedon 2012: Bencana akhir zaman. Korang pernah tengok tak filem 2012 kononnya kiamat akan berlaku pada hujung tahun ni? Sangat dasyat kan kesan khas pembikin filem ni buat untuk menunjukkan dunia kiamat. Sebagai orang Islam kita wajib percaya akan adanya hari kiamat, Bila?? itu semua rahsia Allah. 
Buku ini mendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan kalendar Maya yang mencetuskan seribu tanda tanya. Lagenda bangsa Maya adalah tamadun yang benar2 wujud satu ketika dulu. Mereka mampu megkaji arah matahari, bulan dan bintang2 secara teliti sehingga mampu meramalkan gerhana bulan dan matahari secara tepat. Kalau nak tahu lebih kanjut bolehla beli buku ni.

Meremang bulu roma saya bila baca kedua2 buku ni. Berdoalah kita agar kita sentiasa ditetapkan iman, dan mati sebelum berlakunya hari kiamat kerana hari kiamat sangatlah dasyat musibahnya. 

Dan satu lagi buku yang saya tengah belek2 untuk mencuba resepi adalah dari buku Asmah Laili, minta ampun sedapmya...Semalam baru je cuba buat kuih dangai

Thursday, January 12, 2012

Belajar ABC

Si kenit ni sangat addict dengan Ipad sekarag ni. Nak angry bird lah, youtube. Sekarang ni sangat suka dengan ABC. Tak sangka pula dia boleh match alphabet dengan betul cuma tak kenal lagi ABC. Setakat match tu dia tengok huruf yang sama so pandailah dia nak match. Mencabar nak ajar ABC, asyik nak main je. So far dah boleh count 1 until 10 in malay and english je. Takpelah, slow2 yer Humaira. Excited nak pergi school, plan next year nak hantar kindergarten.

match abc

suka bila kita puji dia pandaiii

Monday, January 9, 2012

Kek karamel coklat moist

posing kek karamel coklat moist


Projek hujung minggu lepas, alhamdulillah akhirnya berjaya juga buat kek karamel ni. Percubaan kedua membuat kek ni, yang pertama dulu tak berjaya (dah tau dah sebab apa tak menjadi, teknik semasa membakar tu salah). Berkobar-kobar nak buat bila tengok blog Liz, cantik je kek karamel tu posing. Terus semangat datang nak buat. Alhamdulillah akhirnya berjaya...

Resepi ni saya ambil dari blog otai dalam membuat kek karamel iaitu sis Munira Baharum. Lepas ni nak try pula buat kek karamel pelangi. 

~kek coklat moist~ (resepi munira baharum)

bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk (saya guna minyak jagung)
*semua bhn di atas gaul sebati dan msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
4 biji telur (blender jer)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul dengan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...dalam 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai msk...suhu 160c...(boleh tengok gambar dibawah kaedah bain marie)
kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**

**pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu...

**karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar...

 
Untuk buat karamel, letakkan 2 sudu besar gula..Bergantung kepada loyang, disebabkan loyang saya besar saya letak 4 sudu besar gula supaya karamel ni boleh memenuhi setiap permukaan loyang. Panaskan terus atas api yang kecil


Bila dah jadi gula hangus, segera ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan supaya memenuhi setiap permukaan loyang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Untuk membuat coklat moist. Masak atas api sehingga sebati

Sedia untuk dibakar cara bain marie.(Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven. Saya bakar guna api bawah untuk 30 minit yang pertama, dan seterusnya baru guna api atas dan bawah)

Bodak yang tak sabar nak rasa kek mummy. Sangat setia tengok mummy buat kek dari awal hingga kek masak. Mulut bising setiap apa yang mummy buat mesti tanya apa tu??? Comel je, dah besar nanti rajin tolong mummy kat dapur yer.

Lapisan karamel berkedut sedikit, baru belajar katakan.

Friday, January 6, 2012

Bergedil rangup

Family saya suka sangat makan bergedil terutama daddy. Selalunya buat bergedil versi biasa bulat leper, tapi kali ni ubah sikit bentuk jadi bebola. Nak pancing selera Humaira. Kanak2 riang kalau nak tambat selera mereka kena kreatif sikit. Humaira kalau pergi pasar malam, benda yang paling dia suka, makanan mcm fish ball, nugget tu. 

Resepi bergedil kali ni, saya ambil dari dapur Azlita Aziz. Banyak dah saya cuba resepi dari beliau, ternyata sedap.

3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang (saya guna 2 keping daging burger)
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis  (saya tak letak, saya ganti dengan lada sulah)
garam secukup rasa
kiub pati daging - saya tambah sedikit

1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng

Penyediaan untuk memasak bergedil ni saya ubah sedikit.
Kentang dikupas kulitnya dan direbus sehingga empuk. Daging burger dilenyek sehingga hancur dan masak atas kuali non stick bersama dengan kiub pati daging.
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa.
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil
Salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
 Bergedil rangup mummy buat khas untuk Humaira.

Dimakan bersama mee goreng. Saya lagi suka guna mee kering, rencah buat sendiri. 
bodak yang dah pandai memilih makan

Tuesday, January 3, 2012

JJCM di Manhanttan fish market

Sabtu lepas daddy belanja makan di Manhanttan fish market Subang Parade. Pertama kali saya makan di sini. Sebelum kahwin dulu banyak kali husband ajak makan kat sini, tapi saya tolak. Dengar nama fish je masa tu terbayang mesti serba serbi ikan salmon, kod. Tekak saya tak boleh terima ikan2 tu. Hehe...Baru2 ni daddy ajak sekali lagi, haruslah setujuuu sebabnya baru tau bukan sekadar ikan, banyak lagi seafood lain..

kami ambil set sharing plater..ada ikan, udang, oyster, sayur, nasi, fries dan ikan kecil goreng (mcm ikan bilis)
 
kids meals
Untuk Humaira ambil set big boat. Ada fish nuget, sotong dan fries. Banyak Humaira makan
  
Mushroom soup...sangat sedap
 
desssert ni request by Humaira. Pantang nampak aiskrim mesti nakk. Sikit pun dia tak makan, dah kekenyangan makan kids meal dia tu. Kek aiskrim tu sangat sedap. Harus cuba kalau makan di sini...Harga ais krim ni RM9.90

Kesayangan saya...
 
Tangan comel saper lah ni..

Secara jujur, saya lagi suka seafood masak ala2 thai seperti tomyam, tiga rasa. Nampak sangat tekak melayu. Anyway, Thank you daddy belanja makan. Sayang u ketat2..Heheh

nuffnang

Related Posts with Thumbnails