My sweet story...

My sweet story...

Monday, January 16, 2012

Hasil rembatan buku menggunakan Baucer buku 1 Malaysia

Minggu lepas shopping buku menggunakan baucer buku 1 Malaysia husband punya. Husband yang baik hati telah memberikan baucer tu kepada saya..Sangat suka.  Baucer buku ni semua pelajar universiti dapat dari diploma sehinggalah PHD sama ada full time atau part time student. Saya beli buku di MPH One Utama. Semua jenis buku boleh beli termasuk stationery kecuali majalah. Hasil rembatan hari tu dapatlah 7 jenis buku. 
 
Inilah baucer buku 1 Malaysia

Hasil rembatan buku

Saya baru je habis baca buku Yakjuj dan Makjuj: Bencana di sebalik gunung (2009) (buku ni merupakan best seller) dan Armagedon 2012, bencana akhir zaman. Kedua-dua buku ni ditulis oleh penulis yang sama iaitu Muhammad Alexander. Beliau adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. 

Secara jujurnya, banyak ilmu baru yang saya dapat melalui pembacaan buku Yakjuj dan Makjuj. Buku ini menceritakan dengan lebih mendalam lagi tentang isu2 yang sering menjadi persoalan seperti spesis Yakjuj & Makjuj, kediaman mereka, negara yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj. Nabi Muhammad meramalkan bangsa ini akan muncul pada akhir zaman. Buku ini menggabungkan penyelidikan 3 buah kitab utama iaitu al Quran, Taurat dan Injil. 

Sekarang ni saya tengah membaca buku Armagedon 2012: Bencana akhir zaman. Korang pernah tengok tak filem 2012 kononnya kiamat akan berlaku pada hujung tahun ni? Sangat dasyat kan kesan khas pembikin filem ni buat untuk menunjukkan dunia kiamat. Sebagai orang Islam kita wajib percaya akan adanya hari kiamat, Bila?? itu semua rahsia Allah. 
Buku ini mendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan kalendar Maya yang mencetuskan seribu tanda tanya. Lagenda bangsa Maya adalah tamadun yang benar2 wujud satu ketika dulu. Mereka mampu megkaji arah matahari, bulan dan bintang2 secara teliti sehingga mampu meramalkan gerhana bulan dan matahari secara tepat. Kalau nak tahu lebih kanjut bolehla beli buku ni.

Meremang bulu roma saya bila baca kedua2 buku ni. Berdoalah kita agar kita sentiasa ditetapkan iman, dan mati sebelum berlakunya hari kiamat kerana hari kiamat sangatlah dasyat musibahnya. 

Dan satu lagi buku yang saya tengah belek2 untuk mencuba resepi adalah dari buku Asmah Laili, minta ampun sedapmya...Semalam baru je cuba buat kuih dangai

7 comments:

lieyalatif said...

wah best2.....byk betul amaun tu nieda....mmg syok dpt soping bahan bacaan.....berbaloi2 gitu.....

dak tecik tu pun dpt buku jugak...suke laaa die yeak....mau dok kelek buku jek 24jam gitu heheehehe

adarnadzmie said...

byk nya buku nieda rembat ni..haha.. byk membaca byk pengetahuan kan...

rasp said...

berbaloi2 dpt diskaun tu...
byk dpt rembatannya :D

~ana~ said...

wah best nya...

ieda said...

wah bestnya dik , banyak tuu
hurmmm akak pun pernah tgk cerita tuu cuma x dpt bayangkan kalau betul2 kiamat berlaku hujung tahun nie huhuh takuttt dan serammm sekejap ..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

baru singgah blog mummy Haza..sedih nyerr..

εïз mummyHaza εïз said...

acik haza dah beli yakjuj & makjuj tu... rasa takut pun iya...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails