My sweet story...

My sweet story...

Friday, January 27, 2012

Sepetang di Bagan Lalang

First time sampai Bagan Lalang. Dah lama sangat plan nak ke sana, Sabtu minggu lepas baru berjaya menjejaki kaki ke sana. Memang happening tempat ni, ditambah cuaca sangat baik. Angin laut sangat kuat, best tengok orang main layang2. Takdelah nak bagi Humaira mandi laut pun, nasib baik dia pun taknak, kotor katanya. Wakaka... selamat mak ko, jauh sangat bilik air. Humaira ni jenis penggeli sikit orangnya. 


Cinta hati mummy dan daddy. Baru bangun tidur ni. Rambut serabai kena tiup angin. Kuat tau angin time ni

Mulalah nak berdukung, geli dengan pasir laut

Ramai juga yang mandi manda    



Macam2 aktiviti ada, brother ni siap main gitar lagi.
 
Cik adik manis nak ke mana tu??

Dah sampai Bagan Lalang haruslah pekena seafood. Ramai blogger kata Restoren Senandung Malam sedap  seafoodnya. Moh ler kita ke sana. Kami sampai di Restoren ni dalam pukul 5.30 petang dah ada yang beratur ambil seafood. Pukul 6.30 petang penuh dah pengunjung, so kalau teringin nak makan kt sini kena datang awal atau pun buat tempahan awal2. Kalau nak terjah terus memang melilau lah nak cari meja kosong, kena tunggu turn orang habis makan.

Kiteorang order ikan siakap sweet sour, pari bakar,sotong goreng tepung, butter prawn dengan tomyam. Sedap cuma tomyam kurenggg. Air pula ambil air tembikai satu jug dan 3 pinggan nasi. Semua sekali RM85. Gambar makanan satu pu takde ambil. Takde mood, Humaira buat perangai. Budak cembeng ni ada yang nak kena ni!!!!!!!!!!
 Air kelapa..

Menangis dan menangis.. Mak ko dah HOT dah time ni

Rupa-rupanya menangis sebab kaki dia ada pasir. Hadoii itu pun nak nangis. Basuh kaki dekat sinki baru diam..Ishk ishk penggeli tahap kronik ni. 



Lepas habis makan, jalan2 tengok orang main layang2 tepi pantai. Dan juga nak ambil gambar sunset. Cantik sungguh ciptaan Allah
Cantik pemandangan waktu sunset


Matahari mula melabuhkan tirainya..



12 comments:

misshannajr said...

kelakor la humaira ni..penggeli sungguh haha..muka mak dia dah nak hijau dah tgk dia ngs haha..btw cantek la tempat ni kak..teringin nak pegi..

mamaarifakeemaisy said...

cantikkkkk.... last eina g dulu, time air surut..awal lg, tak best sgt...tp layan jela si arif suka main pasir..

alahai rugi la humaira penggeli pasir, tak layan la pasir laut tu ye..hehe..

tak pernah makan mknan seafood sana lg, maybe next time leh try..^_^

maszmadi said...

cantiknyer..... teringin nak pi tp hubby kata jauh.. huhu

~ana~ said...

mmg tension kalau anak2 buat perangai kan...

Unknown said...

hehe.humaira meragam ek :)
nieda.next time plan la duk homestay kat situ bnyk homestay. tmn sri bayu xsilap..lupe dah. then, nk lg best beli seafood fresh kat pasar hujung bagan lalang tu..mahal mmg mahal tp berbaloi sbb sume baru naik dari laut. leh masak sendiri :)

adarnadzmie said...

seronoknya tgk ramai org lepak tepi pantai... bestkan mkn seafood..
sama perangai anak akak ngan humaira.. geli klu pijak pasir... kalut suruh basuh klu kena pasir..kihkih...

Mie Hishamuddin said...

lawa la! nk pergi gak!

amiey lee said...

besttt nye bila la nk kesana lagi nih. cny ari tu family kita ke sana

kurus said...

seronoknyaa bila dpt melihat keindahan pantai petang2 kan ... akak x pernah sampai bagan lalang nie .. teringin nak gi .. hurmm

loor awat lak humaira tuu .. ;)tgk org mandi2 nie seram sejuk je .. duk teringat kes lemas kan huhuh

Lily@MamaZaraZareef said...

hehehe..humaira geli pasir eh..anak2 sy setakat ni dua2 suka jek main tepi pantai..tp kat bagan lalang ni, setakat main pasir oklah kot..nk mandi cm tak berapa best sbb airnye nmpak keruh kan..=p

εïзmmyHazaεïз said...

humaira macam abang irfan & abang arman masa kecik2 dulu, geli ngan pasir laut...

cantik gambar sunset tu nieda.. :)

Dee said...

mcm anak dee lah sis..penggeli ngan pasir2 ni..tp dee dh lama tak ke bagan lalang..teringin lah nak gi sana..cantik pemandangan sunset tu..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails