My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, January 31, 2012

Cuti CNY balik Ipoh

Balik Simpang Pulai kebetulan kakak saya ada buat doa selamat pada 23 Jan lepas. Pada tarikh yang sama juga genap 3 tahun pemergian Opah tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Humaira kalau balik Perak memang suka. Dapat jumpa sepupu dia, Khaira anak kakak saya dan Acu. 10 Feb ni genap setahun usia Khaira. Rasa kejap aje dah setahun si Khaira ni. Malangnya masa kenduri tu Khaira tak berapa sihat. Kena demam campak. Sian anak buah Mak Ngah ni. 

Kenduri kecil2 je sempena masuk rumah baru. Buat lepas solat Asar. Semua menu emak dan makcik saya yang masakkan. Ada juga kuih muih tetamu yang bagi. Ada bihun goreng, pulut kuning dan rendang ayam, popia goreng dan basah, bubur, serimuka dan banyak lagi.

Yang ini saya buat, talam marble.

Buat bacaan yassin sekali

Humaira dgn Acu, sibuk  je nak main

Cik adik manis Khaira sedap tidur. Tak sihat

7 comments:

~ana~ said...

talam marble nieda nmpak sedap..:)

εïзmmyHazaεïз said...

dah 3 tahun rupanye acik pergi... Al-Fatihah...

Talam marble tu macam sedap la Nieda... :)

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer...

yatie chomeyl said...

nk resepi talam marble pls..nampak sedap hehe

kurus said...

sedapnyee dikk talam marble tuu huhuh

nieda said...

Yatie: i pernah share resepi dulu. senang dan mudah je nk buat. ni url nya:
http://hasnidaomar.blogspot.com/

nieda said...

ops...url nya:
http://hasnidaomar.blogspot.com/2011/12/talam-marble-yang-sedap.html

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails