My sweet story...

My sweet story...

Friday, January 6, 2012

Bergedil rangup

Family saya suka sangat makan bergedil terutama daddy. Selalunya buat bergedil versi biasa bulat leper, tapi kali ni ubah sikit bentuk jadi bebola. Nak pancing selera Humaira. Kanak2 riang kalau nak tambat selera mereka kena kreatif sikit. Humaira kalau pergi pasar malam, benda yang paling dia suka, makanan mcm fish ball, nugget tu. 

Resepi bergedil kali ni, saya ambil dari dapur Azlita Aziz. Banyak dah saya cuba resepi dari beliau, ternyata sedap.

3 biji kentang
3 keping daging buger atau boleh guna daging cincang (saya guna 2 keping daging burger)
daun sup ~ di racik halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu rencah soto yang telah ditumis  (saya tak letak, saya ganti dengan lada sulah)
garam secukup rasa
kiub pati daging - saya tambah sedikit

1 butir telur ayam ~ dikocok
sedikit lada hitam
serbuk roti ~ untuk menyalut
minyak ~ untuk mengoreng

Penyediaan untuk memasak bergedil ni saya ubah sedikit.
Kentang dikupas kulitnya dan direbus sehingga empuk. Daging burger dilenyek sehingga hancur dan masak atas kuali non stick bersama dengan kiub pati daging.
Satukan kentang yang telah di lecek bersama daging, bawang putih, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa.
Gaul rata hingga dapat bentuk berbola kecil.
Jika terlembik tambahkan sedikit tepung gandum
Ambil adunan dan bentukkan bebola kecil
Salutkan bebola daging tadi dengan bread crumbs atau serbuk roti
Kemudian celupkan ke dalam telur
Salut sekali lagi dengan serbuk roti
Goreng dalam minyak yang sederhana panas secara terendam
Angkat dan toskan
 Bergedil rangup mummy buat khas untuk Humaira.

Dimakan bersama mee goreng. Saya lagi suka guna mee kering, rencah buat sendiri. 
bodak yang dah pandai memilih makan

7 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

TERLIUUURRRR..!!

adarnadzmie said...

kretip nieda wat bergedil bulat2 mcm tu... siap cucuk di lidi sate lagi... nampak mcm nugget jer... mesti humaira suka...hehe

lieyalatif said...

amboi2 si comel ni pandai demand mkn yeak ekekeekek....untung awak humaira ...mama awak rajin cube n masak macam2 yg sedap.....kalo aunty dok berjiran ngan humaira sure aunty dtg umah hari2 ekekeekekeke....

~ana~ said...

hr tu pernah buat sekali tp fail..hah3x..lepas ni boleh ikut resepi nieda bg ni...:)

mamalieyna said...

comel n menarik minat anak ni..pandai nieda..eina failed lg buat bagedil..hee~

Huda said...

huda and husband pun suka sgt :)

Softtouch [Hanim] said...

muza pun suka mkn bergedil..fav...boleh cube buat bergedil rangup ni...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails