My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 9, 2011

Cheese tart

Cubaan kedua buat tart hasil dari tengok step by step di blog masam manis. Cubaan pertama dulu buat fruit tart
tak berapa menjadi, kulit tart tu nipis sangat. Bila dah tengok step by step ni baru puas hati. Terima Kasih Kak Ita dari Masam Manis tunjukkan step by step. Memang puas hati kali ni buat cheese tart. Saya memang suka buat biskut macam ni, cuma saya tak makan. Bila dah siap, separuh simpan untuk daddy dan Humaira, separuh lagi bagi kawan saya. 

Resepi:
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart 
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 


Setelah shell sejuk boleh lah letakkan filling yang kita suka. Macam yang saya buat corak warna biru tu saya letak bluebery, yang warna coklat tu filing mocha. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 

Resepi untuk cream cheese:
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Kemudian masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

10 comments:

εïз mummyHaza εïз said...

wahhh cantik nieda.. pandai buat yek, acik haza pernah try buat tapi sungguh x sedap, rasa rangup may be terExtra sugar :D

yangyuyu said...

boleh ajar cara buat deko tu :)

sy selalu buat cheese tart-deko guna blueberry mcm buat bulat je atas tu tak de seni lgsg ehehhee:)

slmt bekenalan

mamalieyna said...

cantiknye...mesti sedap..tapi tak gemar sgt...pandai nieda ni tau..n rajin tul~ ^_^

lieyalatif said...

perfect nieda!!

cantik betul....mmg cantik...pandai nieda buat.....skrang ni kat kedai seketul yg besar tu jatuh sampai rm3....mahal kan...buat sendiri puas dpt mkn....

Yus said...

Sodapnyo, rajin u Nieda buat macam-macam. I mmg suka tart blueberry, selalu beli kat kedai kek atau kedai roti..nak buat belum ada masa..hahaha

lydzar said...

sedapnya cistat...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

sedap³!!

sy wat gak time cuti awal muharam br ni tp x sembat nk amek gambo.
1 adunan dpt dlm 30lebih jer..
tp siyess,, sedap!!!

mau repeat wat krismas ni plak.. =)

ieda said...

wah2 dikk bila baca nie nampak mudah je nak buat .. hurmmm nanti2lah nak cuba ... :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

cantiknya cistat nieda...
tq share resepi yg mudah ni.
fiza ingat nak try gak la bila2 nanti.

Softtouch [Hanim] said...

haah lah mcm senang je..nk buat lah..muza suka sgt cheese tartni...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails