My sweet story...

My sweet story...

Monday, January 30, 2012

Kek karamel pelangi

Fuhhh......lega bila kek karamel pelangi kali ini menjadi. Second time pernah buat kek karamel coklat moist di SINI.  Walaupun tak 100% perfect tapi i tetap puas hati. Part yang paling nervous masa nak terbalikkan kek tu, risau kalau karamel tidak menjadi. Pengalaman pertama buat kek ni dulu tahun lepas tak menjadi, karamel langsung tak masak. So bila terbalikkan kek tu, alamak habis basah kek tu kena simbah dengan karamel. Semuanya masuk cik tong, membazir aje. Walaupun saya tak makan kek ni, tapi terpanggil-panggil nak mencuba bila tengok satu persatu blogger tayang kek karamel. Bagi saya bila sesuatu benda yang kita buat tu menjadi, itulah kepuasannya. Makan atau tidak tolak tepi, takpe boleh sedekah pada jiran-jiran. Hehe. Yang paling best bila husband dan Humaira puji sedap. Patutnya kek ni kena sejukkan dulu dalam peti ais tapi Humaira tak menyabar. Terpaksalah potong sedikit untuk dia rasa. 

Memang pada mulanya tak confident nak buat takut sejarah lama berulang.hehehe.. Tapi bila tengok blog Kak Azlita Aziz terus teruja nak mencuba. Kak Ita siap tunjukkan step by step lagi dan penerangan dalam blog beliau sangat kemas dan mudah untuk difahami. Otai masakan ni pun kali ketujuh baru menjadi menghasilkan kek karamel yang sangat cantik, inikan orang amatur macam saya.. Walaupun agak rumit kaedah penyediaannya tapi bila kek tu menjadi terus hati berbunga riang. 

Tak perfect lagi, ada lagi air gula yang meresap atas kek. Jadi macam ni kes terlebih letak gula semasa buat gula hangus.

Taraaa...potongan tak berapa cantik sebab kek ni masih panas. Tak menyabar punya pasal.



Resepi:
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje (jangan sampai berbuih)
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Contohnya:  Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan biru. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

7 comments:

Liz Rohaizat said...

nieda, ada sorang blogger bagi cadangan. before terbalikkan tu, kan kek tu dah meregang kat tepi kan? so selak sikit. lepas tu sengetkan kek utk keluarkan air gula tu. tapi tangan lagi sebelah kena pegang kek la. lps tu baru terbalikkan.

saya pulak, sebelum terbalikkan.. dah standby kitchen tissue kat tepi. so lps terbalik, cepat2 lap air gula tu. mmg kena cepat. ala, tapi kalau sikit2 meresap tu takpe.

ZSqueenbee said...

mak aiiii jelesnyeeee tgk...msti sedap..tgk pon dh terliur ni...tahniah!! mmg nmpk perfect!!

εïз mummyHaza εïз said...

pandai Nieda buat... nanti acik haza nak tempah boleh?? :)

anie said...

nak jadi jiran umah ko boleh....hahahahah

~ana~ said...

tabik kat nieda sbb dah berjaya buat kek nih..:)

~ana~ said...

jeles nya nieda dah buat kek ni..tabik kat nieda sbb menjadi kek nya..:)...

lieyalatif said...

WAH...cantik gile nieda.....lieyakan dari dulu nak rase tau....nak buat mmg tak berani le...tangan ni pengkor ...sure tak jadi punye hahahaaha

nak jadikan cite, arini member opis bawak....ya Allah...rase mcm lepas ngidam bile dpt mkn....sedap kemain kan....moist jek...sedap tol rase kek bile dah kene ngan karamel tuh....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails