My sweet story...

My sweet story...

Thursday, September 15, 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Balik Kampung raya hari tu emak ajak pergi kenduri kahwin dekat kawasan perumahan, orang Indonesia. First time tengok pengantin pakai baju tradisi orang Indonesia. Dah lama mereka bermaustatin di Malaysia, seingat saya masa saya sekolah menegah lagi mereka dah ada.

Pasangan lelaki orang Indonesia, yang perempuan pula orang Filipino. Yang menariknya sebelum ni pengantin lelaki pernah berkahwin dengan kakak kepada pengantin perempuan tetapi sudah meninggal dunia. Dengar ceritanya accident ketika mereka menetap di Jepun. So sekarang pasangan pengantin lelaki berkahwin dengan adik perempuannya. Simpulan bahasa panggil berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah meninggal dunia]. belajar simpulan bahasa pulak dah

Pelamin...


Khaira tengah tunggu pengantin bersanding ni


Pasangan pengantin sedang menuju ke singgahsana...pelamin




Khaira dengan Opah


Dari kiri Opah, Khaira, Humaira dan mummy. Opah selalu tersasul sebut Khaira dan Humaira. Nama seakan sama je hujungnya..

4 comments:

~ana~ said...

meriah nya nmpak wedding ni...

khaira dan humaira sama2 sweet...:)

yatie chomeyl said...

muk akhiar dgn humaira pun seiras nampaknya

lieyalatif said...

fuh...kelas betul baju pengantin....rupenye baju tradisi indonesia yeak.....cantik...tengok sanggul pengantin pompuan tu tingal sanggul lintang org melaka....berat weeeeiii....

mamalieyna said...

unik kan..jodoh namanya..

yelah nama lebih kurang khaira n humaira..sweet~

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails