My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, September 7, 2011

Kenangan 1 Syawal

Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, menziarah pusara arwah Atok Wak di Kesang. Kemudian barulah seisi menziarahi saudara mara. Selalunya raya pertama di Muar kami akan menziarahi saudara mara sehingga malam. Tak banyak sangat pun rumah pergi tapi jarak perjalanan yang jauh. Di Kesang sempat menziarahi 2 buah rumah je, kedua-duanya adik beradik ayah..


Selamat Hari Raya dari Nieda sekeluarga...Susahnya nak ambik gambar dengan si kenit..Asyik nak lari je


Ayah sedang menikmati makanan di rumah abangnya..



Kemudian kami ke Renggam, rumah kakak MIL aka Mok Deh. Sejam lebih juga perjalanan ikut highway. Kesian Mok Deh tak berapa sihat,kaki bengkak. Keras sangat2 kulit kaki Mok Deh. Humaira siap usap kaki Mok Deh.

Mok Deh tengah berehat dalam bilik. Mengintai daddy ambil gambar...



Dari Renggam kami Ke Batu Pahat pula. Perjalanan ambil masa sejam lebih juga. Mula2 plan nak menziarahi pusara tapi hujan turun selebat-lebatnya. So terus pergi rumah adik beradik emak. Emak mertua saya berasal dari Batu Pahat.

Masa nak balik baru dapat jumpa Balqis. Malu2 pula nak berkawan
2 orang budak kenit ni


Lepas tu menziarahi saudara mara emak di Kg Jawa. Memang saya tak faham sepatah haram bila semua mula speaking bahasa Jerman. Yang saya tahu masa salam semuanya sebut Kabare...Yang itu pandailah saya jawab..Waras..

Mulalah speaking Jerman



Rumah terakhir yang kami lawati, anak saudara emak..Kasun namanya..Tauke kelapa muda ni, kebun kelapa berbelas2 ekar..Saya tak pernah jumpa air kelapa sesedap kebun dia.


Humaira paling suka sebab dalam banyak2 rumah yang kami ziarah, rumah Abg Kasun je yang ada budak2 baya Humaira.. Sempatlah berkenalan dan bermain.



Gerak balik dari Batu Pahat dalam pukul 8.30 malam, sampai Muar dalam pukul 10.00 malam. Balik terus pengsann...Mak Mertua saya memang kuat, malam tu sempat lagi masak macam2 untuk tetamu keesokkan harinya. Dia sangat2 rajin memasak.

To be continue....

11 comments:

mamalieyna said...

jauhnye beraya ye..takpe lah kan sesekali je dpt ziarah menziarah, time gini la kesempatan terbaik..penat2 pun puas hati ^_^

~ana~ said...

raya sakan yea..tp best kan..bkn senang nak berjumpa..time raya ni la masa nya...

Softtouch [Hanim] said...

sakan nieda p beraya yer....

betullah nieda kuat MIL nida yer...penat2 pun boleh memasak lagi...

Lily@MamaZaraZareef said...

slamat hari raya nieda..sakan gak beraya tu yek..kite raya dekat2 kampung pon mcm dh penat jek sbb time raya tu cuaca agak panas kan..=p

Huda said...

mmg nieda, johor tu kan beso, klu arini g segamat, esok baru leh g jb lak..x larat deh nak kejo sume dlm 1 hari :)

yatie chomeyl said...

mak2 mmg camtu kan bila anak menantu cucu balik, semangat je diorang masak. macam x reti penat, kita yag muda ni awal2 lg terongkang ehehe

Vna Sandhu said...

hihihiii comel je adik manis tu kena kepit dengan mummy & daddy amik gambar :-)

NM02 said...

selamat hari raye nieda

wah... sakan raya..

hehehe

adarnadzmie said...

seronok humaira jln beraya yer...mesti dpt duit raya byk...hehe

anie said...

jauh beraya satu rumah ke satu rumah..mesti letih kan..tapi xpe raya punya pasal hilang penat..

nape humaira xpakai color biru macam daddy n mummy dia..

MrS. F!zA said...

selamat hari raya..byk jgk berjalan raya..leh jmpa sanak saudara jgk..sy smpt beraya 1 rumah di kedah, 1 rumah sedara lg msa di klntn..tu jelah..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails