My sweet story...

My sweet story...

Friday, September 16, 2011

Open house

Selagi dalam bulan Syawal banyaklah orang akan buat open house. Hari Ahad lepas sempat pergi dua open house. Sebelah siangnya open house di PJ, rumah makcik husband. Banyak betul makanan. Nasi lemak dengan sambal bilis dan sambal udang, nasi impit, kuah lodeh, nasi ayam, laksa, jeli kelapa, fruit tart, yong tau fu semuanya masak sendiri. Rajin betul Cik Cham masak siap kami tapau lagi. Yang beli cuma satay. Sayangnya satu gambar pun tak ambil. Sibuk dengan makan..wakaka

Malam pula kami pergi open house rumah junior saya masa sekolah teknik dulu. Dah 12 tahun tak jumpa. Alang2 Jun duduk kt Shah Alam memang teringinlah nak jumpa. Nasib baik husband familiar area kawasan Jalan Kebun takdelah tersesat dan juga dengan bantuan GPS. Jun dah ada dua orang anak. Lepas ni boleh datang rumah kak Nida plak..


Malam Selasa lepas, saya ada buat masak2 sikit. Husband nak jemput kawan baik dia datang beraya di rumah. Saya jemput my bestfriend, Yanie dengan jiran sebelah rumah. Menu yang saya masak nasi ayam, karipap dan apam polkadot.

Karipap yang saya buat


Dan juga apam yang comel. Budak2 suka ni sebab colourful


Main menu...Nasi ayam


dan air...


Sedia menanti ketibaan tetamu menjamu selera


Hari ni saya mahu baking apam polkadot untuk birthday FIL. Esok (sabtu) birthday ayah akan celebrate dengan kembarnya di Kajang. Lepas celebrate birthday ayah, akan beraya rumah saudara mara sebelah MIL. Hari Ahad pula kami akan pergi wedding di Klang.

Selamat Berhujung Minggu...Have a nice weekend..Salam 1 Malaysia..

7 comments:

yatie chomeyl said...

meriahnya weekend u all

Huda said...

bestkan bnyk open house, x yah masak2 :)

Softtouch [Hanim] said...

rajinnya nieda masak2....cntiklah apam polkadot tu nieda..comel

BabyIntan said...

Cutenya apam polkadot tu!!! Rasa nak geget je :D

BTW selamat hari raya dan selamat hari 1 malaysia buat nieda dan family :)

BabyIntan’s latest n3:
Cik Kebaya Yg Comei Omei!

Mama Farris said...

menariknya pam polkadot n nasi ayam tu..

nak resepi buat nasi ayam tu bole..

εïз mummyHaza εïз said...

wahhh best open house..

Bila nak datang beraya kat umah acik Haza?? hikhik

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Best p open haouse..x yah susah2 nk masak.. ;)

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails