My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, December 6, 2011

Upin dan Ipin di Muzium Negara

Jom ikut Humaira mengembara jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara. Lama betul baru nak update. Bagi kanak2 yang memang meminati karekter si kembar ni memang akan teruja bila tengok pameran ni.

Pelbagai bahan pameran menarik yang telah disediakan di antaranya bagaimana proses sebuah animasi disiapkan, Replika Rumah Opah, pencapaian syarikat Les’ Copaque Production dari dalam dan luar negara, serta pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan latarbelakang Upin & Ipin. 

 Setiap pembelian tiket masuk ke pameran ini pengunjung akan mendapat baucer diskaun makanan tajaan KFC Holdings Malaysia. Lebih menarik, selain daripada gerai-gerai cenderamata, pelbagai aktiviti pentas juga bakal diadakan termasuklah persembahan teater Upin & Ipin. Tiket boleh didapati dengan harga RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.Banyak masa lagi untuk pergi, pameran ni berlangsung sehingga 31 dec. Cuti sekolah yang panjang ni, boleh bawa anak2 ke Muzium, banyak benda menarik boleh dipelajari.

Masuk sahaja dalam pameran ini, kita dapat mengenali di sebalik tabir setiap suara dalam karekter Upin dan Ipin.



Watak2 yang wujud dalam Upin dan Ipin.

Melepak atas pangkin Atuk. Kalau biarkan Humaira ni, mesti melompat2 atas pangkin.

Susahnya nak tangkap gambar si kenit ni. Cepat je dah hilang.



Melilau je mata Humaira ni..


 Di hadapan rumah Opah ada sangkar ayam, siap ada bunyi ayam lagi. Si kenit ni siap buka sangkar ambil ayam dalam sangkar tu. Laju betul tangan kenit ni.
 

Replika rumah Opah


Mummy cakap kat Humaira dari kiri kasut Upin, Ipin, Kak Ros dan Opah...Suka betul member sorang ni


Jom kita masuk rumah Opah

Ruang tamu rumah Opah. Lama Humaira lepak kat situ. Ajak jalan tempat lain pun taknak. Last2 kenit ni bisik, mummy mana pipin (Upin & Ipin)... kah kah nak tergelak dengar. Dah agak, budak ni mesti ingat Upin dan Ipin betul2 wujud.


Bilik Upin dan Ipin. Malangnya tak boleh masuk TAPI Humaira selamba je masuk. Walaupun ada penghadang, budak kecil boleh lepas masuk




Ini pula bilik Kak Ros

Bilik Opah


Dapur rumah Opah.. Hadoi Humaira, ajak mummy minum pulak. Sabo ajelah





*Sambung lagi yeak..Banyak lagi gambar sebenarnya....Kenangan untuk Humaira tengok dah besar nanti. Salah satu karektor kartun favorite Humaira selain Pororo,Timmy time, Dibo dan Mickey mouse.

5 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

budak2 suka bebenor lerrr..

mamaarifakeemaisy said...

waaah menariknya..hrp2 sempat nak terjah sebelum meletop ni..suke la, yg pntg kalau bwk ni, sure teruja dak arif tu..

♥ Vna ♥ said...

wah menarik!
fav Kira jugak nie, harus bawak dia :-)

Izwa Kamaruddin said...

waahh..seronok nyer!

LiLy @ MaMaQiStInA said...

wah..bestnye..kalau dekat ni..kompom p terjah..nak2 lagi Qis yg peminat tegar upin ipin ni..mau nye tak nak balik tu..^^

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails