My sweet story...

My sweet story...

Thursday, December 1, 2011

Hasil pertama roti ku

Entry sebelum ni, berkaitan dengan pembantu baru di dapur, breadmaker, inilah hasil pertama roti saya, basic bread. Resepi roti ni ada dalam manual yang disediakan. Dalam website kenwood pun ada resepi di SINI.

Inilah padahnya bila terlebih excited. Dapat je breadmaker terus cari bahan nak buat roti. Tak baca sukatan betul2, terlebih air...tekstur roti ni lembap sedikit.Patutnya dalam resepi yang diberikan satu biji telur ditambah dengan air sehingga menjadi 245ml. Aku yang terlebih bijak ni dah letak telur sebiji dengan air 245ml air. Lembik jadi roti ni. Pengajaran, lepas ni kena berhati2 dengan sukatan. Rasa masih ok.

Lieya ada tanya betul ke terus jadi roti..Untuk roti loaf macam gambar kat bawah ni, yes letak je semua bahan2 dalam BM, semuanya mesin akan buat. Dari mengacau, keluarkan udara dalam adunan sehinggalah dibakar menjadi seketul roti, semuanya breadmaker yang lakukan. Sama juga nak buat jam. letak je bahan2 dalam tu, semuanya BM lakukan

Kebanyakkan blogger yang ada Breadmaker (BM), nak buat roti utuk sarapan pagi, malam tu dah letak bahan2 dalam BM, pagi dah boleh makan. Kira fresh lah, masih panas lagi. Sebabnya dekat BM ada delay time sehingga 15 jam. Contohnya kita nak roti tu masak pukul 7.00 pagi keesokkannya, kita prepare bahan2 tu malam sebelumnya. Resepi dan total masa ada disediakan dalam manual guide. Roti yang saya buat tu ambil masa dalam 1 jam 15 minit untuk disediakan, sebelum dibakar. Let say kita prepare bahan2 tu pukul 11 malam, dalam pukul 12.15 minit pagi dah siap adunan, kita boleh set delay time untuk bakar 5 jam, jadi breadmaker akan start bakar roti tu dalam pukul 5.15 pagi. Macam tu lah lebih kurang. Hehe sorilah, wahai kawan2 sekalian alam, i tak reti nak explain. Hopefully korang faham lah ek..Kalau tak faham boleh search internet, banyak forum yang bincangkan isu ni.

Taraa...dah siap dibakar. Saya buat sukatan paling sikit, 500 gram. Sukatan max sehingga 1kg.


Roti yang sudah dikeluarkan dari BM


Untuk roti loaf mcm gambar kat atas tu guna program 1, tapi kalau nak buat bun atau sebagainya, BM hanya boleh uli adunan saje. Sebelum ni saya pernah buat roti uli dengan tangan, tapi bahan2 nya tak sebati, bila masak tekstur roti tak cantik. Memang takde skill menguli, that why saya beli BM ni, pernah cuba guna mixer tapi macam nak tercabut aje mixer saya tu. Maybe sebab adunan tu likat, yelah mixer saya murah je kalau compare dengan mixer MIL saya, steady je menguli roti. MIL saya beli mixer industri punya, memang lasak.

Ini pula pizza yang selamat dibakar menggunakan oven baru. Hehe..Bagi pendapat saya, pizza lebih sedap masak guna microwave, barulah cheese masak dan mengembang dengan cantik. Lepas tu baru dibakar sekejap dalam oven. Gambar sebelum dimasukkan dalam oven, lepas bakar tak sempat nak ambil, husband dah makan dulu.

4 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

wah..macam2 ada kat umah nieda..senang membantu urusan masak memasak kan..kite ni kat umah oven basic pon takde..entah bilenye nak beli..=p

mamalieyna said...

bestnyer.....ada BM, makin senang kerja, tp kena rajin juge..hee~

lieyalatif said...

wah...jakun sekejap lieya nieda...so mmg dari awal sampai ke roti siap laa BM nibuat yeak...best...ish ni rase tergode nak beli gak...tapi kat umah nikang takut tersadai jek kang hahaahahaha....

thanks nieda share info pasal BM nie.....mmg gajet yg best tuk mereka yg suke dok didapur n suke mkn roti....lieya suke!!!

NonaFauzi said...

wah3x..cam best jer, aku pun cam nak belajar gak, mahal tak BM tu

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails