My sweet story...

My sweet story...

Monday, December 12, 2011

roti oh roti

Sejak ada pembantu ni (breadmaker) dah 3 kali meroti. Kali ketiga saya buat roti (sausage bun) tekstur bun keras sedikit. Sukatan main agak2 je...Mulalah nak kitchen digital scale plak. Baru tepat sukatan.Hehe...

Cubaan kedua buat bun manis. Ada cerita kelakar disebalik buat bun manis ni. Sebenarnya saya nak breadmaker ni uli doh sahaja lepas tu saya akan bentuk doh tu dan masukkan dalam oven. Tak check detail dekat manual guide. rupa-rupanya tersalah setting. Bila breadmaker dah siap buat kerja, sekali saya buka BM... alamak dah jadi roti. Bila check balik manual guide, patutlah..saya set program 7 untuk buat kek. Untuk uli doh sepatutnya program 8. Baru saya tau, breadmaker ni boleh juga masak kek. Terus buat balik semua dan inilah hasilnya...


Inilah hasilnya...tak berapa cantik bun nya..saya budak baru belajar.

Resepi:
credit to Azlita masam Manis for the recepi.

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco

Kalau ada breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila (saya tak letak sebab tak ada paste vanila)
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

WATER ROUX
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.


Tekstur roti sangat lembut.



Ini pula sausage bun tekstur keras sedikit. Kena ada skill mengguli lagi ni


Saya tak letak resepi lagi, tengah mencari punca kenapa roti ni tekstur keras. Kalau dah jumpa jalan penyelesaian, saya akan share resepi di sini. Sebenarnya resepi roti ni tak banyak beza dengan resepi roti bun manis.

9 comments:

~ana~ said...

wah....makin aktif meroti la nmpak nya..:)...geram tgk bun manis tu...gebus....:)

lieyalatif said...

wah best2.....lepas ni tak de dah le nieda beli roti lagi...sume buat sendiri jek......boleh le try mcm2 resepi lepas nie....

adarnadzmie said...

sedapnya bun manis nieda ni... dah pandai yer...hehe

Softtouch [Hanim] said...

betsnya....xyah nk beli roti kat kedai lg...tp mzua kan xbape faham guna bm tu...mgkin sbb muza xde so muza xnmpak....kene beli bm jgk ni iiiheeeee

ct rahani said...

x cantik x pe.. yg penting sedapkan sis.. sausage bun tuh nampak menyelerakan.. tetiba rasa lapar.. hiks..

p!nkerton said...

bestnye nieda! nampak lembut & sedap sgt roti awak tu.tinggal tak dpt nk bau je lagi, sure sedap bau dia hehe.. husband saya pun dok suruh saya belajar buat roti, tapi x terbelajar2 lagi ;p

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nampak sedap tu Roti nieda buat..Rajin nieda ni baking ye..best2..^^

anie said...

aduhai..jelesnye..kalau tengok org yang pandai masak + rajin nie..bila aku nak jadi camni kan...untung sape jadi anak n suami ko nie kan...:)

NonaKarim said...

hahah nieda, dah leh bukak kedai dah nie..kene kreatif bagi cantik je lagi cam roti2 kat kedai

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails