My sweet story...

My sweet story...

Thursday, May 26, 2011

Menyusu selepas 2 tahun

Umur Humaira sekarang ni 2 tahun 16 hari. Selepas 2 tahun ramailah yang minta supaya cerai susu badan. Termasuklah doktor yang pernah merawat Humaira. Bukan satu benda yang mudah untuk cerai susu, pernah mummy letak nipple cream lepastu sapu dengan tepung, mengamuk sakan dia. Ada juga minta sample susu formula dan bagi fresh milk still kena reject. Pandai sungguh si kenit ni. Macamane kenyang pun dia, pasti minta bf. Seakan susu mummy macam candu, ketagih kalau tak dapat.

Sebenarnya saya memang ada perancangan untuk cerai susu sekurang-kurangnya bila usia Humaira 2 tahun setengah. Itu target saya. Untuk cerai susu bagi saya semangat kena kuat. Siapa ada suggestion nak menjayakan misi cerai susu boleh share degan saya ya. Bagi saya lagi meningkat usia Humaira, lagi sukar nak cerai susu. Akal si kenit makin panjang.

Dulu masa usia Humaira lebih kurang 18 bulan, b****t saya mengalami luka yang teruk. Pernah minta ayah mertua buatkan air doa untuk putus susu. Tapi emak mertua saya minta sabar, dia kata tunggu umur Humaira 2 tahun. Dia memang menyokong sepenuhnya saya menyusukan Humaira dengan susu badan.

Saya ada terbaca majalah PA & MA Mei 2011 dalam ruangan bimbingan rohani. Saya copy paste soalan dan jawapan itu..

Saya masih menyusu seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun setengah. Pada waktu yang sama saya juga menyusu anak perempuan yang berumur tiga bulan. Ada yang berkata haram hukumnya menyusukan anak lelaki selepas umur dua tahun. Adakah ini benar?


JAWAPAN:
Saya tidak menhetahui apa-apa dalil atau hujah untuk menyokong pendapat yang mengharamkan penyusuan selepas umur dua tahun. Tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 233) ialah tempoh optimum. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.

13 comments:

Liz said...

batrisyia masih menyusu sampai sekarang. pernah cuba letak asam jawa. tapi sebab dia dah pandai, boleh pulak dia suruh saya pergi mandi bagi wangi balik. sabar je la.

saya rasa tunggu je la pregnant balik. lps ni maybe dia boleh mengalah utk adik dia

mummy_ayu said...

Ayu pun still bf kan Iris..now ah 2 tahun 6 bulan...kat umah bbistter jer dia minum susu botal, kat umah fully bf...nak kasi botol....memang dia tak nak ..
tak tau nak buat mcm ne dah..

zaidah said...

rakan sekeliling pun cakap suruh berhenti susuan klu baby dah besar...tapi zai still rasa macam nieda rasa....sayang sangat....memang susah nak ceraikan susu..hanya ibu yang menyusu saja yang akan merasai begitu...susukan dulu humaira selagi kita mampu....

Unknown said...

saya guna sirap cap ros tu, letak kt nipple saya. then buat efek darah meleleh kebawah breast..
bila anak nak nenen, saya cakap nenen mama luka berdarah..sakit sangat.kena belakon buat muka sakit sekali lah. dia jadi kesian..3-4hari gak letak..lama-lama dia pon dh tak mintak sbb dia ingat nenen mama masih sakit.

yatie chomeyl said...

SN dh slowly wean off. LAhamdulilah senang jugak nak bg stop.
I cuma buat2 ignore bial di aminta nenen dan alihkan perhatian di ake benda lain.
I bagi dia makan yogurt dan minum fresh milk utk ganti kalsium.

Fazlinil Irma said...

saya takde pengalaman. tapi bila tengok pengalaman kak siti nak pisahkan susu badan dengan fatih mmg memerlukan kekuatan dr kedua pihak. ibu dan anak. dua-dua kena bersedia untuk berpisah. :)

harap nieda berjaya.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Qis skrg dh cerai susu tp x sepenuhnyelah..klu mlm tu susu badan je..siang je minum susu tepung..masa memula dulu sedih juga nk bg Qis minum susu tepung..tp terpaksa..koz bekalan susu dh x byk..

~ana~ said...

nieda, ana x pernah pun terfikir nak cerai susu dgn aqil. kalau org tnya, smpai bila target, ana jawab smpai ke titisan terakhir..hu3x...

adarnadzmie said...

tahniah nieda sbb menyusukan humaira sampai 2 tahun...

MamaYatie said...

saya ada terbaca kat magazine pasal extension time tuk BF..mmg tak salah pun lebih dr 2 thn....

anak ke 2 saya susah jugak nak berenti w/pun susu dah takde masa tu..saya letak minyak angin..cakap ngan dia t*t*k sakit..hahaha..lastly berenti jugak..tp kalo duduk riba mama tangan tu masih lagi nak menjalar2

NzA said...

xde pngalaman anak menyusu lelama cz akak ada masalah BF.....

Mag said...

bestnya nieda..boleh bf sampai 2thn

Softtouch [Hanim] said...

Tahniah nieda...misi awk berjaya...

mmg ssh nk ceraikan susu...adik ipar muza mmg fully bfeed pun masih bf lagi wpun anak dia dah 2 tahun lebih tau...mmg amik masa..

kakak ipar muza pun mcm tu dulu..lama anak dia nk cerai susu..smpai letak lipstik kata darah kat nipple tu..

xpe nieda, sabarlah..lgipun humaira br je 2 tahun mmg amik masa...sedangkan darissa ni yg cmpur2 bf pun ssh nak lepaskan nenen apatah lagi humaira yg mmg fully bf..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails