My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, May 10, 2011

Selamat hari ulangtahun kedua Humaira

Berjaya juga akhirnya..Alhamdulillah, Ya Allah...
Bangun pagi tadi membuatkan saya terseyum lebar. Terus dakap Humaira dan bisik ke telinganya...Mummy berjaya susukan Humaira untuk tempoh 2 tahun ini.. Inilah kejayaan paling bermakna dalam hidup saya...

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah berikan untuk susukan Humaira genap 2 tahun. Pengalaman menyusukan Humaira untuk tempoh 2 tahun sangat indah sebenarnya walaupun banyak cabaran dalam menjayakan misi penyusuan ini. Nak bagi orang sekeliling faham dengan diri kita yang menyusu, karenah orang sekeliling dan macam2 lagi.

Memang tekad saya untuk menyusukan Humaira sehingga 2 tahun seperti dalam surah Al Baqarah ayat 233

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”

Terima kasih padaMU Ya Allah..
Terima kasih suami ku...
Terima kasih keluargaku....
Terima kasih sahabat2 ku..
Terima kasih semuanya...
Atas segala sokongan. ilmu, pengalaman dan segala-galanya sehingga saya berjaya menyusukan anak saya. HambaMu sujud syukur Ya Allah...


Untuk anakanda Humaira...
Selamat hari ulangtahun yang kedua. Doa mummy agar Humaira menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia mahupun akhirat. Setiap titisan susu ibu yang mengalir dalam badan Humaira, mummy halal kan dunia akhirat.

Malam tadi sempat ayah baca doa selamat sempena Humaira 2 tahun dan kepulangan daddy ke rumah setelah 5 hari di hospital


Menu malam tadi. beli kek 4 slice je, beli sebiji nanti mesti tak habis. Dengan satay lagi


Kek mula cair. Lupa nak masuk fridge


Pagi tadi Nenek dan Atuk Humaira dah balik Muar. Nak menangis si kecil tengok kedua2nya balik. Terima kasih Ayah dan Emak yang sudi menemani saya ketika husband takde di rumah.. Saya tahu ayah baca blog ni..

8 comments:

yusyanti said...

Selamat Hari Lahir Humaira...
tahniah nieda sebab berjaya bf sehingga 2 tahun.
Harap saya pun diberi rezeki sehingga 2 tahun untuk kali ni.

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah sedapnya mamam kek, bestnya dapat BF 2 tahun, kita nanti untuk 2nd anak nak fully BF la sampai 2 tahun tahniah k

Huda said...

humaira dh 2 tahun :) yeay! tahniah aunty ucapkan :) moga membesar menjadi anak yg solehah..amin :)

nur said...

happy belated birthday humaira :)

buat nida, tahniah! you did it... tumpang bahagia bila tgk mama berjaya menyusukan selama dua tahun :)

~ana~ said...

alhamdulillah.

selamat hari jadi humaira. moga menjadi anak yg solehah menjadi kebanggan mummy dan daddy...be a good girl ok..:)

nur adha said...

salam kenal nieda...
wah bestnya dpt bf baby until 2 thn...adha ada lagi another 6 months to go...doakan adha agar berjaya jugak ye...

♥ Mrs.Eady ♥ said...

semoga saya pun berjaya menyusukan sufiya selama 2 tahun juga...

btw..selamat harijadi humaira syg :D

MamaYatie said...

alemak terlepas!
happy belated birthday humaira

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails